• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Thailand Bakal Lupus Kenderaan Berusia Lebih 20 Tahun

Thailand Bakal Lupus Kenderaan Berusia Lebih 20 Tahun

April 5, 2022 By Farah Leave a Comment

902
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


THAILAND bakal melupuskan kenderaan lama yang berusia lebih 20 tahun secara berperingkat tidak lama lagi. Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan o-cha berkata, keputusan itu dibuat dalam usaha mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.

Berdasarkan statistik Jabatan Pengangkutan Darat Thailand, setakat 31 Januari tahun ini, terdapat 5,033,307 kenderaan berdaftar berusia lebih 20 tahun masih berada atas jalan. Jika tiada kitar semula dilakukan, angka itu boleh meningkat kepada 16 juta dalam tempoh 20 tahun akan datang.

Atas kebimbangan terhadap Tempoh Jangka Hayat Kenderaan (ELV), Prayuth meminta jabatan berkaitan berganding bahu melaksanakan usaha mengitar semula untuk melupuskan kenderaan lama bagi mengurangkan pencemaran.

Perdana Menteri berkata ELV mesti dikitar semula dengan betul bagi memastikan boleh digunakan semula dalam industri untuk membantu negara mengurangkan import keluli. Keluli mewakili hingga 69 peratus dalam setiap struktur kenderaan lama," kata Prayuth dipetik Bangkok Post.

Kementerian Perindustrian Thailand juga baru menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan agensi perindustrian tempatan dan dari Jepun dalam usaha melaksanakan projek rintis kitar semula ELV yang akan melupuskan dan mengitar semula kenderaan usang.

BACA>>> #SembangDeras: Inilah 5 Sebab Kenapa Dasar Lupus Kereta Sekadar Sembang!
BACA>>> Kerajaan Akan Kaji Cara Lupus Kereta Terbiar

SUMBER: Bernama

Related

902
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, kereta dilupuskan, kereta lama, Thailand

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev