• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Buru Pemandu Singapura Bawa Kereta Macam 'Pelesit'

Polis Buru Pemandu Singapura Bawa Kereta Macam 'Pelesit'

April 5, 2022 By Farah Leave a Comment

2.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TULAR rakaman kamera pemuka (dashcam) baru-baru ini beberapa kereta bernombor pendaftaran Singapura memandu secara berbahaya dengan memotong kenderaan lain seperti mahu berlumba.

Video itu mengundang kecaman netizen Malaysia yang menganggap tindakan pemandu Singapura itu sebagai biadab apabila memasuki negara ini.

Susulan tular video itu, polis kini sedang mengesan pemandu yang  dirakam di simpang lampu isyarat Felda Gugusan Adela, Kota Tinggi. Sebuah BMW berwarna emas dilihat memandu secara berbahaya dengan memotong kenderaan lain secara melulu dan boleh menyebabkan kemalangan.

Aksi itu dirakamkan dan dimuat naik dalam laman Facebook pada 3 April lalu. Susulan itu, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jika disabit kesalahan, pemandu boleh dipenjara tidak lebih lima tahun dan didenda tidak kurang RM5,000, dan tidak lebih RM15,000. Polis turut menasihati orang ramai supaya tidak memandu kenderaan dan melakukan aksi yang membahayakan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

BACA>>> 7 Hari Tiada Bayaran Tol di Pintu Sempadan Malaysia-Singapura!
BACA>>> Kementerian Siasat Foto Tular Pemandu Singapura Isi Petrol RON95

Related

2.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, kereta singapura, pandu melulu, Pemandu Singapura Bawa Kereta Laju, Singapura

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my