• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Potong Tidak Lepas Punca 4 Rakan Sekerja Maut Kemalangan Empat Kenderaan

Potong Tidak Lepas Punca 4 Rakan Sekerja Maut Kemalangan Empat Kenderaan

April 5, 2022 By Farah Leave a Comment

348
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


EMPAT rakan sekerja maut apabila van dinaiki mereka terbabit kemalangan melibatkan empat kenderaan, termasuk sebuah bas ekspres di Kampung Sungai Ikan, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu, semalam.

Empat kenderaan terbabit adalah sebuah van, sebuah Proton Wira, sebuah Proton Persona dan sebuah bas ekspres.

Dalam insiden jam 6.22 petang itu, semua mangsa bekerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat swasta, terdiri daripada Syed Mohd Shukri Tuan Yahya, 36; Muhammad Saufi Jusoh, 34; Mohd Shahlam, 37, manakala identiti seorang lagi mangsa belum dikenal pasti. Keempat-empat mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Sementara itu, dua lagi mangsa, iaitu pemandu dan penumpang Proton Wira, Muhammad Fazil Husin, 33, dan Nursilawati Said @ Nawang, 42 dilaporkan parah.

Menurut bomba, van jenis Daihatsu dinaiki empat rakan itu sedang dalam perjalanan menghala ke Kuala Terengganu dan cuba memotong sebuah kenderaan di depan, tetapi gagal dan melanggar Persona yang datang dari arah bertentangan.

277765309_357385353087551_2529561549771665827_n
277531371_357385319754221_7304254535689496126_n

Kemalangan itu menyebabkan van tersebut turut melanggar bas ekspres menghala ke Kota Bharu, manakalaWira di belakang van terlanggar Persona yang berpusing akibat dirempuh van berkenaan.

Semua 13 penumpang dalam bas ekspress, dan pemandu Persona, Chew Cheong Keng, 55, tidak mengalami kecederaan.

Bomba mengambil masa sejam mengeluarkan mangsa yang mana mangsa terakhir dikeluarkan jam 7.14 malam. Semua jenazah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat.

BACA>>> Lelaki Maut, Kemalangan Babitkan 3 Buah Kenderaan
BACA>>> Rider Maut Kemalangan Lupa Tutup Tongkat, Jenazah Dikatakan Berbau Kasturi

SUMBER: HMetro

Related

348
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 4 Maut Van Langgar Persona dan Bas Ekspres, 4 terbunuh, Auto Terkini, gagal potong, Kemalangan Bas, kemalangan maut

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev