• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Android Auto Tawar Ciri 'Ok Google', Tidak Perlu Lagi Sentuh Skrin

Android Auto Tawar Ciri 'Ok Google', Tidak Perlu Lagi Sentuh Skrin

December 19, 2016 By Han Othman Leave a Comment

57
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

ok-google-android-auto-bg
SELEPAS dilancarkan tahun lalu, Google kini menambah ciri baharu pada Android Auto, iaitu 'Ok Google' yang pastinya memudahkan lagi komunikasi pemandu ketika sedang memandu. Ciri Ok Google membolehkan sistem diarahkan, misalnya memainkan muzik atau membuat carian navigasi, dengan hanya menggunakan arahan suara.

Ini bermakna, anda tidak perlu lagi menyentuh skrin paparan infotainment atau telefon pintar untuk mula bercakap dengan pembantu Google. Ciri baharu ini mungkin nampak kecil sahaja, tetapi cukup berguna kepada pemandu. Tidak kira sama ada anda mahu menukar senarai lagu, mengetahui laporan cuaca semasa, membuat carian Google Maps atau menyelesaikan perdebatan - tentang berapa umur Perdana Menteri dan sebagainya - kini anda boleh melakukan semua itu tanpa melepaskan tangan daripada roda stereng. Mudah bukan?

https://c.slashgear.com/wp-content/uploads/2015/07/Android-Auto_Honda-980x420.jpg

APA ITU ANDROID AUTO?

Buat mereka yang belum tahu, Android Auto ialah perisian automobil yang dibangunkan Google bagi membolehkan pemandu berkomunikasi dengan peranti mudah alih seperti telefon pintar dengan sistem operasi Android (versi 5.0 Lollipop dan terkini). Perisian itu boleh dihubungkan dengan unit infotainment sedia ada dalam kereta atau digunakan terus menerusi telefon pintar pemandu - seperti anda menggunakan perisian navigasi Waze. Pastikan anda menggunakan pemegang khas jika unit berasingan.

ok-google-android-auto
Ciri Ok Google diumumkan di Google I/O dekat San Francisco, California dan masih terhad kepada pengguna tertentu sahaja. Jadi anda perlu sabar menunggu. Seperti dimuat naik dalam Google+, aplikasi ini sepatutnya siap sedia digunakan setiap pemandu yang memiliki perisian Android Auto dalam kereta mereka. Google juga mengumumkan sedang membangunkan integrasi Android Auto dengan aplikasi Waze.

SUMBER: Autoblog.com

Related

57
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: Android Auto, autotainment, Google, infotainment, Ok Google, perisian automobil

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev