• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Caj Tol 4 Lebuh Raya Lembah Klang Kekal Hingga Tamat Tempoh Konsesi

Caj Tol 4 Lebuh Raya Lembah Klang Kekal Hingga Tamat Tempoh Konsesi

April 4, 2022 By Farah Leave a Comment

413
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KADAR tol di empat lebuh raya sekitar Lembah Klang tidak akan dinaikkan dan kekal hingga tamat tempoh konsesi melalui langkah penstrukturan semula syarikat konsensi lebuh raya.

Empat lebuh raya terlibat ialah:

  • Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
  • Terowong SMART
  • Lebuhraya SPRINT
  • Lebuhraya Damansara- Puchong (LDP)

Berita baik itu dimaklumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memberitahu, ini usaha berterusan Kerajaan dalam mengurangkan beban keluarga Malaysia dan pada masa sama tidak memberi kesan kewangan kepada Kerajaan.

Ini usaha berterusan Kerajaan untuk memastikan Keluarga Malaysia tidak terbeban, khususnya dengan kenaikan kadar tol sepertimana ditetapkan dalam perjanjian konsesi.

"Penjimatan ini boleh dimanfaatkan bagi program pembangunan infrastruktur negara dan kemudahan lain yang perlu diutamakan demi kesejahteraan Keluarga Malaysia," katanya.

Langkah ini dibuat selepas penelitian dilakukan dari semua aspek, iaitu bebanan pengguna, obligasi Kerajaan selaras
Perjanjian Konsesi dan beban kewangan kerajaan.

Penstrukturan semula itu melibatkan syarikat konsesi, Kesas Sdn Bhd yang menguruskan Lebuhraya Shah Alam
(KESAS), Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd yang menguruskan Sistem Pengurusan Air Banjir dan Terowong (SMART), Syarikat Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd yang menguruskan Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT) dan Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd yang menguruskan Lebuhraya Damasara-Puchong (LDP).

Penstrukturan itu juga dapat menjimatkan bayaran pampasan dari 1 Jan 2022 hingga tamat tempoh konsesi dan penjimatan bersih bagi pembayaran subsidi tol dianggarkan berjumlah sekurang-kurangnya RM4.3 bilion.

Ismail memberitahu, perincian berkaitan kelulusan Kkerajaan mengenai penstrukturan semula itu akan dimaklumkan Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.

BACA>>> Tol Tak Naik Tahun Ini!
BACA>>> 7 Hari Tiada Bayaran Tol di Pintu Sempadan Malaysia-Singapura!

SUMBER: Bernama

Related

413
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Datuk Seri Ismail Sabri, kadar tol, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya KESAS, SMART, syarikat konsesi lebuh raya

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • Aveta Malaysia Penuhi Permintaan Pelanggan Dengan Nova 250 dan Marvel 150 Yang Terbaru
    Aveta Malaysia Penuhi Permintaan Pelanggan Dengan Nova 250 dan Marvel 150 Yang Terbaru

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev