PENGEDAR rasmi Modenas, EMOS kini secara rasmi menjadi pengedar eksklusif baharu Kawasaki di Malaysia berikutan tamat tempoh enam bulan bersama KMSB Motors Sdn Bhd.
Tempoh peralihan itu berakhir 31 Mac 2022 (semalam) memberikan ruang kepada emos untuk memerhati, mempelajari dan menyesuaikan sepenuhnya operasi perniagaan rakan kongsi teknikal, Kawasaki Motors Ltd (KMC) dalam memastikan pemindahan pengetahuan sebanyak mungkin.
BACA >>> Kawasaki Tunggu Masa Lancar ZX-4R (2022), Fokus Pasaran Eropah?
BACA >>> Modenas Skuter Karisma 125S (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM5.3k!
KMC kini memiliki 30 peratus ekuiti dalam Modenas bersama DRB-Hicom Berhad sebagai pemegang saham majoriti pengeluar motosikal nasional itu.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Modenas, Roslan Roskan berkata;
Pemilik motosikal Kawasaki tidak perlu bimbang kerana di bawah pengurusan baharu, tahap unggul produk dan perkhidmatan pelanggan akan dikekalkan.
"Rancangan kami termasuk juga meluaskan operasi, membangun, mengeluar dan menjual motosikal Kawasaki untuk peminatnya yang pasti memberikan gaya hidup mendebarkan kepada rakyat Malaysia. Selain itu, Modenas juga akan memperkenalkan model terbaharu Kawasaki dan melancarkan bilik pameran eksklusif Kawasakibaharu secara berperingkat.
Jadi, nantikan pengumuman kami mengenai detik-detik menarik ini."
Dengan ekuiti lebih besar dalam Modenas, Kawasaki akan mengambil bahagian secara aktif dalam operasi syarikat tempatan itu yang bukan hanya sekadar pemegang saham. Dengan berakhir tempoh peralihan, Modenas akan mula memasang model Kawasaki terpilih dan pada masa sama mengimport model dengan enjin lebih besar untuk memenuhi pasaran lebih luas.
Bersama ahli berpengalaman kami dari KMC, kami sukacita mengalukan kehadiran Ketua Pegawai Pemasaran Yusaku Kashiwagi baharu. Kami semua bersungguh-sungguh dalam menghidupkan semula jenama Kawasaki di Malaysia yang mempunyai lebih 30 tahun sejarah,” kata Roslan.
Modenas dan Kawasaki mempunyai sejarah bersama yang panjang. Ia bermula sejak kolaborasi dalam menghasilkan model ikonik Kriss pertama pada 1996 yang membantu Modenas mengumpul pengikut setia seluruh negara dan di pasaran antarabangsa.
Yusaku berkata;
Sejak sedekad lalu, kehidupan Malaysia berubah mendadak dengan permintaan lebih tinggi bukan saja untuk keperluan harian, tetapi juga produk yang memberi keseronokan kepada kehidupan mereka.
"Bersama Modenas, kami yakin produk Kawasaki akan dibangunkan dan diedarkan serta dapat memberikan pelanggan kami di Malaysia pengalaman menunggang hebat yang tidak pernah mereka alami sebelum ini.
Ia sentiasa menjadi misi terbesar kami untuk memenuhi kepuasan pelanggan kerana setiap produk kami mewakili intipati jenama Kawasaki. Jangan hilangkan semangat Kawasaki dan 'Let The Good Times Roll'."
Sebagai pengedar eksklusif, EMOS melalui pengedarnya akan menjual motosikal Kawasaki, termasuk mengedarkan alat ganti dan aksesori di Malaysia. Selain itu, EMOS juga akan menyediakan perkhidmatan pelanggan meliputi semua perkara teknikal dan isu panggil balik (recall).
Seterusnya bagi semua jualan motosikal Kawasaki, alat ganti dan pertanyaan perkhidmatan berkaitan teknikal, boleh rujuk pengedar sah Kawasaki terpilih di bawah. Sebarang pertanyaan pemilik Kawasaki boleh menghubungi WhatsApp KAWASAKI Careline di talian +6019-570 8135.
BACA >>> Modenas-Ninja 250 CKD Debut Suku Pertama 2022, EMOS-Kawasaki Mula Operasi Tahun Depan
BACA >>> Netizen Tak Percaya, Pelajar Ini Beritahu Beli Ninja 250 'Cash' Hasil Tabungan Jual Kambing
Leave a Reply