PENGHANTAR makanan Foodpanda bernama Yuhanis yang tular mengenai kisah jenazah berbau wangian kasturi selepas terbabit kemalangan Selasa lalu di depan Eco Mall Samariang, Sarawak, kini selamat dikebumikan.
Apa mencuri tumpuan, ketika dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Semariang untuk dikebumikan selepas proses bedah siasat selesai, dilaporkan puluhan penghantar makanan Foodpanda dan Grabfood berkumpul mengiringi jenazah arwah dengan menunggang motosikal masing-masing.
Tidak hanya itu, mereka juga turut memenuhi tanah perkuburan tersebut untuk memberikan penghormatan terakhir dan sama-sama mendoakan arwah dalam upacara pengebumian.
Kami pasti dalam kalangan penunggang itu, ramai yang tidak mengenali arwah, tetapi mendengar kisah arwah meninggal dunia ketika sedang mencari rezeki buat keluarganya selepas ketiadaan bapa tercinta.
Nama Yuhanis kini menjadi trending di laman sosial, terutama warga Sarawak selepas kisah kebaikannya tular di media sosial. Arwah dikatakan anak yatim yang membantu menyara keluarga selepas ketiadaan bapanya, manakala ibunya mengalami masalah penglihatan. Yuhanis juga dikatakan anak yang baik kepada ibunya, lembut pertuturannya dan sopan santun.
Arwah terlibat dalam kemalangan jalan raya kerana terlupa mengangkat tongkat motosikalnya. Motosikal itu juga dibeli hasil titik peluhnya. Al-Fatihah buat Yuhanis.
BACA>>> Rider Maut Kemalangan Lupa Tutup Tongkat, Jenazah Dikatakan Berbau Kasturi
BACA>>> Rider J&T Maut Dilanggar Lori Kurier Sama, Drebar Sentuh Tangan Mangsa Buat Ramai Sayu
SUMBER FOTO: SarawakEdition
Leave a Reply