• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Siapa Cakap Gear Kena Ada Tombol? Peugeot Perkenal Gear Baharu Guna Punat Sahaja!

Siapa Cakap Gear Kena Ada Tombol? Peugeot Perkenal Gear Baharu Guna Punat Sahaja!

April 1, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEIRING teknologi, trend dan cita rasa, tombol gear kereta moden hari ini bukan lagi berbentuk standard, tetapi langsung berbeza. Malah, ada yang direka dalam bentuk suis dan punat!

Ambil contoh Peugeot 208 dan 2008 baharu ini yang dilengkapi kawalan kotak gear baharu dengan rekaan slik dan ergonomik. Tombol atau batang gear digantikan punat kawalan yang disepadukan pada konsol tengah.

Menariknya, kawalan transmisi baharu itu digunakan pada model elektrik e-208 dan e-2008, termasuk model diesel dan petrol dengan transmisi automatik.

Dari segi gaya, Peugeot memang handal dengan rekaan dalaman 3D Peugeot i-Cockpit yang diadun teknologi berserta ergonomik terbaik.

Bagaimanakah Kawalan Gear Baharu Berfungsi?

  • Ada tiga mod gear ringkas: Reverse (R) untuk undur, Neutral (N) untuk bebas gear dan Drive (D) untuk pandu.
  • Melengkapi fungsi di atas ialah butang Park (P) untuk digunakan ketika memarkir atau meninggalkan kereta.
  • Bagi model petrol atau diesel, butang Manual (M) membolehkan pemandu menukar gear secara manual menggunakan pedal syif.
  • Model elektrik pula, butang M digantikan butang Brake (B) (lihat foto atas) untuk mengaktifkan brek regeneratif bagi meningkatkan pengembalian kuasa ketika proses nyah pecutan (deceleration).

208 dan 2008 dengan butang kawalan baharu itu menggunakan Brek Parkir Elektrik (EPB), dan kelebihan ciri tersebut adalah menjimatkan ruang, tambahan lagi dengan 'tombol' gear jenis begini.

Di pasaran tertentu, 208 dan 2008 ditawarkan dalam pilihan enjin petrol 1.2L Turbo PureTech, Diesel Turbo 1.5L BlueHDi atau trenkuasa elektrik dengan jarak pandu 340km.

Di Malaysia, model 2008 sudah sedia ada di pasaran yang dilancarkan Januari lalu. Bagaimanapun, model dengan suis gear baharu masih belum diperkenalkan. Bezanya, model dengan suis gear baharu menggunakan transmisi automatik 8-kelajuan, manakala model tempatan kini dipadankan transmisi automatik 6-kelajuan.

BACA >>> Stellantis Kini Pemilik Penuh Kilang Naza di Gurun, Pengeluaran Peugeot Kembali Aktif
BACA >>> Peugeot 3008, 5008 Versi CKD Lancar di Malaysia, Harga Mula RM161k!

Related

1.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Gear Baharu Peugeot, Peugeot, Peugeot e-2008, Peugeot e-208

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my