• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Video Ribuan Rakyat Malaysia Bersorak Gembira Lintas Tambak Johor

Video Ribuan Rakyat Malaysia Bersorak Gembira Lintas Tambak Johor

April 1, 2022 By Farah Leave a Comment

272
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TEPAT jam 12 tengah malam tadi,  Malaysia dan Singapura membuka semula sempadan darat kedua-dua negara berkuat kuasa 1 April.

Pembukaan ini nyata menggembirakan ribuan rakyat Malaysia yang terkandas di Singapura sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan berikutan penularan virus Covid-19.


Perasaan gembira sempena pembukaan itu dapat dilihat tengah malam tadi apabila ribuan rakyat Malaysia dilihat melintas pulang dengan berlari-lari anak sejauh 2.5km di Tambak Johor.

Suasana jadi lebih riuh, apabila ada yang melaungkan Allahuakbar dan menyanyikan lagu Negaraku sambil berjalan di susur keluar Tambak Johor.

Sementara di kawasan R&F Mall berdekatan Tambak Johor, ramai rakyat Johor terutamanya berkumpul dan menjerit, "Welcome back!" kepada pengembara yang melepasi tambak berkenaan.

Suasana turut sebak apabila ada keluarga bersama anak-anak kecil menantikan kepulangan keluarga tercinta. Selain berjalan kaki, ada juga ratusan rakyat Malaysia yang pulang menaiki motosikal dan kereta.

Pembukaan sempadan darat kedua-dua negeri itu dilakukan sebagai sebahagian prosedur operasi standard (SOP) yang dilonggarkan sempena menuju fasa peralihan endemik.

Hanya lengkap vaksinasi dibenarkan merentas sempadan darat tanpa perlu menjalani kuarantin atau melaksanakan ujian saringan Covid-19, termasuk ujian prapelepasan dan semasa ketibaan.

@rahsiakurus Sejak petang td dh berkumpul kat pintu masuk Singapore - Malaysia utk pembukaan border 1/4 #openborder #johorbahru #singapore #tambakjohor ♬ Cinta Sampai Mati - Raffa Affar

@lyea8082 12am 01.04.2022 border Singapore-Malaysia di buka. #RandFprincesscove #bordersingaporemalaysia #tambakjohordibuka #fypシ #fypシ゚viral #foryoupage #foryoupageofficiall #foryour #foryoupage❤️❤️ ♬ Cinta Sampai Mati - Raffa Affar

BACA>>> 7 Hari Tiada Bayaran Tol di Pintu Sempadan Malaysia-Singapura!
BACA>>> MB Johor: Laluan Singapura-Johor Bahru Buka 28 November Ini

Related

272
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Johor, pembukaan sempadan, Singapura, Tambak Johor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev