• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bateri Standard untuk Motosikal Elektrik Bakal Debut Tahun Ini

Bateri Standard untuk Motosikal Elektrik Bakal Debut Tahun Ini

March 31, 2022 By Han Othman Leave a Comment

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEJAK 2019, empat gergasi motosikal Jepun, Honda, Kawasaki, Suzuki, dan Yamaha berpakat bekerjasama membangunkan bateri kenderaan elektrik (EV) boleh tukar dan teknologi berkaitan.

Usaha tersebut mula membuahkan hasil apabila menjelang September 2020, ujian awal mula dilakukan untuk projek bateri EV boleh tukar itu.

BACA >>> Motosola Hasilkan Produk Kanopi Solar untuk Cas Bateri Motosikal Elektrik

Pada Mac 2021, rakan-rakan usahasana bersetuju menetapkan standard EV tunggal yang patut dipatuhi produk bateri boleh tukar tersebut. Ia lebih kurang sama seperti palam pengecas yang distandardkan pada peranti elektronik, bertujuan memudahkan pengguna.

Hasil positif mula ditunjukkan apabila pada November 2021, Honda mendedahkan bateri baharu Mobile Power Pack e:, iaitu unit pertama yang memenuhi standard bateri boleh tukar.

Terbaharu, empat gergasi dua roda itu, kelmarin, mengumumkan langkah seterusnya untuk projek berkenaan. Bersama syarikat petroleum Jepun, Eneos, konsortium tersebut menubuhkan syarikat baharu dipanggil Gachaco.

Firma baharu itu ditubuhkan secara rasmi hari ini dengan dua tujuan, iaitu berkongsi standard bateri boleh tukar untuk motosikal elektrik, dan membangunkan insfratruktur bersesuaian bagi menyokong perkhidmatan tersebut.

Menurut Gachaco, pelan pembangunan itu dijangka mula ditawarkan pada musim luruh musim ini yang bergantung kepada produk Honda Mobile Power Pack e:, dan masih belum jelas mengenai kehadiran produk lain pada masa depan.

BACA >>> Honda Perkenal Idea Tukar Bateri EV Kosong dengan Cas Penuh Macam Tong Gas Masak
BACA>>> BMW Malaysia Lancar Dua Varian EV iX3 M Sport, Ansuran Bulanan Serendah RM3,518!

SUMBER: RideApart

Related

1.2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bateri EV Boleh Tukar, Gochaco, Honda, Kawasaki, Mobile Power Pack e:, Suzuki, Yamaha

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev