HONDA Malaysia semalam meraikan kejayaan bermakna dalam sejarahnya apabila mencatatkan pengeluaran yang ke-1,000,000 unit sejak membuka kilang pemasangan di Pegoh, Melaka pada 2003.
Pencapaian unit kesejuta itu diraikan dengan Honda Civic RS serba baharu yang dilancarkan ke pasaran, baru-baru ini.
BACA >>> Honda Civic Generasi Ke-11 Lancar di Malaysia, Harga Mula RM125k!
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Honda Malaysia, Madoka Chujo berkata, sudah 20 tahun Honda Malaysia ditubuhkan di negara ini dan berkembang mencatatkan pencapaian ketara sejak itu.
Pada Mac 2021, kami mencapai sejuta unit jualan. Setahun kemudian, saya meraikan satu lagi peristiwa penting dengan anda semua, iaitu unit pengeluaran ke-1 juta, iaitu Civic serba baharu.
"Saya merakamkan setinggi penghargaan kepada semua syarikat bersekutu dan pembekal Honda untuk semua usaha dan kerja keras dalam memastikan proses pengeluaran dan operasi rantaian bekalan berjalan lancar walaupun berdepan pelbagai cabaran, termasuk pandemik COVID-19, kekurangan cip di peringkat antarabangsa dan kejadian banjir baru-baru ini.
"Dengan dedikasi mereka, Challenging Spirit dan bekerja ‘Together As One’, kami kini mampu mencapai rekod kejayaan unit produksi kesejuta yang bermakna ini," katanya.
Madoka turut berterima kasih kepada pengedar, dan pelanggan Honda atas sokongan tidak berbelah-bahagi kepada Honda Malaysia. Ucapan penghargaan itu juga ditujukan kepada Kerajaan Negeri Melaka atas sokongan berterusan terhadap rancangan Honda di kilang Pegoh.
Sokongan hebat daripada semua pihak berkepentingan membantu Honda Malaysia maju ke depan dan membolehkan kami mencapai posisi No 1 dalam segmen Kenderaan Penumpang Bukan Nasional bagi lapan tahun berturut-turut sejak 2014."
Honda Malaysia membuka fasiliti Line No.1 di kilang Pegoh pada Januari 2003 yang dibina atas tanah berkeluasan 46,543 meter persegi, dengan kapasiti pengeluaran 50,000 unit setahun. Ketika itu, model Honda pertama dihasilkan ialah CR-V generasi kedua.
Pada Oktober 2013, Honda Malaysia mengeluarkan Jazz Hybrid di fasiliti Line No.2 yang dibina atas tanah berkeluasan 49,190.50 meter persegi. Line No.2 tersebut dirasmikan pada Januari 2014 yang jelas meningkatkan lagi kapasiti pengeluaran di Kilang Pegoh kepada 100,000 unit setahun.
Ini membolehkan syarikat memasang tujuh model seperti City, City Hatchback, BR-V, HR-V, Civic, Accord, CR-V.
Honda Malaysia juga melabur dalam rangkaian teknologi pembuatan terkini di Kilang Pegoh yang setanding kilang Honda di Jepun. Salah satunya, menggunakan aplikasi pembuatan termaju dalam kilang seperti teknologi pematerian laser yang mampu menghasilkan garis bumbung yang licin dan sempurna.
BACA>>> Sony, Honda Jalin Kerjasama Bangunkan EV Menjelang 2025!
BACA>>> H' Terpakai untuk Dijual! Honda Malaysia Buka 6 Cawangan Seluruh Semenanjung
Leave a Reply