• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #RetroAuto [SIRI 2]: Zon Remuk Jadikan Béla Barényi Pereka Hebat Sepanjang Zaman

#RetroAuto [SIRI 2]: Zon Remuk Jadikan Béla Barényi Pereka Hebat Sepanjang Zaman

December 18, 2016 By Han Othman Leave a Comment

37
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

bela-barenyi-2-bg
KENANGAN indah saat menaiki kereta bersama keluarga tersayang ketika zaman kecil mendorong Béla Barényi memohon kerja di Mercedes-Benz. Namun, permohonan kali pertama itu ditolak. Enggan mengalah, beliau sekali lagi mencuba nasib dan kali ini diberikan peluang membuktikan keupayaannya oleh pengerusi  Mercedes-Benz sendiri, Wilhelm Haspel dalam satu interviu secara empat mata.

Tanpa berselindung, Barényi secara berterus-terang memberitahu Haspel tentang kesilapan yang dilakukan divisi rekabentuk. Haspel sememang mengiktiraf potensi besar yang dimiliki Barényi.

Barényi, kamu berada 15 hingga 20 tahun ke hadapan. Kamu akan diletakkan dalam makmal di Sindelfingen. Apa saja yang kamu reka akan pergi terus ke bahagian paten," kata Haspel.

Sejak itu Barényi kekal di Mercedes-Benz dan tidak pernah memohon kerja lain lagi.

BACA >>> #RetroAuto [SIRI 1]: Béla Barényi – Bapa Keselamatan Pasif dalam Automobil

KESELAMATAN JADI KEUTAMAAN

bela-barenyi-paten
Antara perkara yang sering menjadi keghairahan Mercedes-Benz dan pereka-perekanya ialah ciri keselamatan automobil, iaitu satu terma yang cuba dielakkan pengeluar-pengeluar lain pada masa itu, terutama pada era pasca perang. Ya, ketika itu, tiada siapa peduli tentang bahaya memandu, di mana topik berkenaan hanya dianggap sebagai strategi pemasaran. Bagaimanapun, Barényi tidak pernah mengalah.

Kemajuan terbesar dicapai Barényi ialah mempatenkan ciptaan DBP 854.157 pada 1951 yang dikenali umum sebagai zon remuk (crumple zone). Barényi adalah pereka pertama memperkenalkan teknologi itu, di mana menurutnya, tenaga kinetik sepatutnya dilesapkan dengan remukan supaya tidak membahayakan penumpang dalam kenderaan.

Kenderaan pertama Mercedes-Benz dengan kerja badan yang dibangunkan berasaskan paten berkenaan ialah model W111 1959 (gambar bawah) yang dikenali sebagai 'Mercedes Sirip Yu'. Penemuan yang diperkenalkan menerusi model itu kemudian mencetuskan revolusi dalam industri automotif keseluruhannya.

mercedes-benz-w111-1959-1
mercedes-benz-w111-1959

Tidak berhenti setakat di situ, Barényi terus agresif menghasilkan rekaan demi rekaan dengan pelbagai paten dan rekabentuk, daripada badan Ponton hingga kepada bumbung Pagoda, dan daripada pengelap cermin depan tersorok hingga kolum stereng boleh ubah. Dalam satu kes mahkamah yang berlanjutan hingga tiga tahun, beliau memenangi tuntutan ke atas draf 'kereta rakyat' yang dilakarkannya semasa bergelar pelajar dan diiktiraf sebagai asas intelektual bagi Volkswagen.

Pada Pameran Motor Geneva 1963, model Mercedes-Benz 230 SL (gambar bawah) tampil sebagai kereta sport paling selamat berasaskan kerja keras Barényi yang mengadunkan kuasa, elegan, keselesaan, prestasi menakjubkan dan keselamatan pemanduan cemerlang. Badan 230 SL menggunakan sel penumpang rigid dan zon remuk dengan serapan impak di seksyen depan dan belakang. Bahagian dalaman kereta juga di'bulat'kan dengan menyingkirkan rekaan pinggir bersegi dan bersudut tajam.

mercedes-benz-230-sl
mercedes-benz-230-sl-interior

KESELAMATAN PASIF DAN AKTIF

Pada 1966, Barényi bersama ahli lembaga pengarah bagi pembangunan Mercedes-Benz, Hans Scherenberg mentakrifkan bahagian keselamatan automobil kepada aktif dan pasif. Pemisahan itu masih kekal diaplikasikan dalam industri automotif pada hari ini. Dalam terma konkrit, keselamatan aktif adalah membabitkan aspek pemanduan, manakala keselamatan pasif menumpukan kepada perlindungan penumpang kenderaan dan pejalan kaki.

Pada 1972, Barényi mengumumkan persaraan dalam dunia automotif. Namun, jasa besar yang diberikan tidak pernah dilupakan. Sebuah muzium di Munich ada menyimpan pameran mengenai Barényi dan dua batang jalan di Eropah dinamakan sempena nama beliau.

bela-barenyi-tua
Beliau juga menjadi Anggota Kehormat bagi Deutsche Aktionsgemeinschaft Bildung-Erfindungen-Innovationen (Kumpulan Tindakan Jerman bagi Pendidikan, Rekacipta dan Inovasi) dan dianugerahkan darjah profesor oleh Presiden Austria, manakala bandar Baden memberikan Anugerah Budaya atas pencapaian cemerlang beliau dalam bidang sains.

Pada 1990-an, apabila subjek keselamatan mula menjadi tema utama dalam pengiklanan, cuma ada seorang protoganis yang layak bagi mengkomersilkan Mercedes-Benz, beliau ialah Béla Barényi. Pada 1994 pula, Barényi berpeluang melihat namanya diabadikan dalam Automotive Hall of Fame di Detroit sebagai pereka hebat dalam bidang itu. Beliau meninggal dunia di Böblingen dekat Stuttgart pada 1997.

Hari ini, dunia memberikan penghormatan kepada jasa beliau dengan mewujudkan Hadiah Béla Barényi yang akan diberikan kepada individu cemerlang dalam lapangan pengangkutan automotif dan lalu lintas yang berlangsung di Vienna sejak 2005.

SUMBER: Mercedes-Benz.com

Related

37
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, bapa keselamatan pasif, Béla Barényi, Hans Scherenberg, keselamatan pasif, Mercedes-benz, Retro Auto, sejarah automobil, Wilhelm Haspel, zon remuk

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev