• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Mercedes-Benz E-Class Raih Lebih 5 Bintang Euro NCAP, Tetapi Masih Bukan Terbaik

Mercedes-Benz E-Class Raih Lebih 5 Bintang Euro NCAP, Tetapi Masih Bukan Terbaik

December 18, 2016 By Han Othman Leave a Comment

131
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

mercedes-benz-e-class-bg
MERCEDES-Benz adalah antara pengeluar automobil yang konsisten dalam membangunkan ciri keselamatan pada model-model buatan mereka. Jangan terkejut proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dilakukan Mercedes sudah bermula sejak lima dekad lalu dalam usaha menghasilkan sebuah kenderaan yang sifar kematian dan kemalangan.

Pelbagai sensor sofistikated, kepintaran buatan (AI) dan pengumpulan data dibangunkan, di mana setiap proses pembangunan tersebut memerlukan fasa ujian perlanggaran membabitkan sejumlah besar prototaip bagi melihat sendiri keputusan sebenar.

Di Daimler, segala proses R&D tentang keselamatan dilakukan di Pusat Teknologi Keselamatan Kenderaan Daimler. Dua video YouTube di bawah adalah rakaman tentang bagaimana Mercedes-Benz E-Class 2017 menjalani ujian perlanggaran, di mana model itu meraih rating lebih lima bintang dalam Euro NCAP.

MASIH BUKAN YANG TERBAIK

mercedes-benz-e-class-luaran
mercedes-benz-e-class-dalaman

Apa yang lucu, walaupun Mercedes-Benz E-Class mendapat skor terbaik, model itu masih tidak diiktiraf sebagai 'Terbaik Dalam Kelas' kerana ia satu-satunya kenderaan dalam kategori 'kereta eksekutif' yang menjalani ujian berkenaan.

Mercedes-Benz E-Class turut meraih skor cemerlang dalam perlindungan penumpang kanak-kanak. Dengan sistem nyah beg udara penumpang automatik dan keputusan ujian dinamik cemerlang, adalah jelas sekali bahawa Daimler berjaya melepasi syarat perlindungan optimum seperti dikehendaki Euro NCAP.

Di Amerika Syarikat, Mercedes-Benz GLE-Class 2017 meraih rating keselamatan tertinggi dalam ujian Institut Insurans bagi Keselamatan Lebuh Raya (IIHS), manakala C-Class adalah antara 44 model yang dipilih sebagai kenderaan paling selamat.

SUMBER: Road and Track

Related

131
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: autotainment, Daimler, Euro NCAP, Mercedes-benz, Mercedes-Benz E-Class, Roda4, ujian perlanggaran Euro NCAP, videotomotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev