• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Yamaha Bina Jambatan Pejalan Kaki di Jepun dengan Lantai FRP

Yamaha Bina Jambatan Pejalan Kaki di Jepun dengan Lantai FRP

May 14, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

907
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BUKAN saja handal menghasilkan komponen kereta dan motosikal, Yamaha juga pandai dalam kejuruteraan awam.

Pada 27 Mac lalu, sebuah jambatan pejalan kaki di Bandar Iwata, Shizuoka, Jepun dirasmikan yang menggunakan papak lantai sandwic FRP (FRP sandwich floor slab) daripada Yamaha.

Jambatan itu menghubungkan bahagian timur dan barat Taman Imanoura, yang mana Yamaha membekalkan papak lantai FRP secara percuma. Fasiliti dibangunkan Yamaha bersama Yokogawa Bridge Co Ltd. Ia mempunyai struktur dengan bahan utama kayu balsa yang dibalut plastik bertetulang gentian (FRP).

Banyak kelebihan ditawarkan papak tersebut, iaitu ringan, kuat, tahan lasak dan menjimatkan tenaga selain memantaskan masa pembinaan. Papak itu juga mampu menjimatkan sumber dan kos pembinaan dengan meringkaskan substruktur dan boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan.

Disebabkan lapisan permukaan dilitupi FRP, jambatan itu dapat melindungi bahan asas kayu daripada air, sekali gus mempunyai jangka hayat lama. Malah, tidak terhad jambatan, papak lantai sandwich FRP boleh digunakan untuk melebarkan laluan kaki lima.

Yamaha sebenarnya sudah terlibat dalam kajian FRP sejak 1950-an dan berjaya meningkatkan keupayaan teknologi melalui perniagaan dan produk seperti bot dan kolam renang. Inovasi dalam bidang kejuruteraan awam itu menunjukkan Yamaha ialah syarikat kejuruteraan unggul!

BACA >>> #Perbandingan: Yamaha 135LC Karburetor (2021) vs 135LC Fi (2022), Apa Berubah?
BACA >>> Yamaha 135LC Fi (2022) Dicipta Khas untuk Malaysia, HLYM Jawab Kenapa Tiada Klac Tangan

Yamaha FRP Floor Panel.01
Yamaha FRP Floor Panel.02
Yamaha FRP Floor Panel.03
Yamaha FRP Floor Panel.04
Yamaha FRP Floor Panel.05
Yamaha FRP Floor Panel.06

Related

907
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: FRP sandwich floor slab, Ltd., Yamaha, Yamaha FRP sandwich floor slab, Yamaha Motor Co., Yokogawa Bridge Co.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev