• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Lori Skala Scammell Pioneer Versi Terperinci untuk Dibida, Dijangka Cecah Puluh Ribu!

Lori Skala Scammell Pioneer Versi Terperinci untuk Dibida, Dijangka Cecah Puluh Ribu!

April 16, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

105
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SESETENGAH model skala dibuat sangat terperinci hingga mampu memperdaya orang yang melihatnya kerana nampak macam kenderaan sebenar.

Aspek penting menghasilkan kenderaan itu ialah skala ukuran. Jadi tidak menghairankan ada sanggup mengukur lori 'kepala kasut' di tepi jalan semata-mata mendapatkan hasil terbaik.

BACA >>> Hot Wheels R/C Tesla Cybertruck Muncul Lagi, Harga RM410

Ini pula lori Scammell Pioneer dalam bentuk skala 1:3 yang dibuka untuk dibida dalam laman web klasik terbesar Eropah, Car & Classic.

Scammell Pioneer ialah lori 6x4 buatan Britain yang digunakan dalam Perang Dunia Kedua (WWII). Menarik mengenai lori ini, ia bukan direka untuk tujuan ketenteraan. Lori itu dikeluarkan pada 1927-1945 dengan 3,414 unit dihasilkan. Sepanjang pengeluaran, lori tersebut digunakan untuk pelbagai tujuan seperti traktor senjata, kenderaan tunda dan pengangkut kereta kebal.

BACA >>> Hot Wheels X Super73-RX Edisi Terhad, Harga Mula RM21k!

Berikut fakta mengenai Scammell Pioneer versi model skala:

  • Unit skala Scammell Pioneer mengambil masa lapan tahun disiapkan bermula asas kerana komponen dihasilkan mengikut saiz dan dimensi lori sebenar.
  • Perincian diambil sangat menakjubkan dari segi warna dan komponen seperti gril, roda dan tayar, stereng, tombol gear, kerusi dan pedal.
  • Semua komponen boleh berfungsi sempurna seperti pedal brek, hendal pintu, kotak simpan belakang dan pemijak sisi boleh lipat.
  • Digerakkan menggunakan kawalan radio dan dilengkapi motor elektrik kelajuan tunggal yang memacu empat roda belakang.
  • Dua motor elektrik Rover 800 beroperasi mengawal stereng, manakala kren boleh digerakkan tangan, manakala engkol dan winc turut berfungsi.
  • Suspensi belakang jenis spring daun (leaf-spring), juga dibuat syarikat sama yang mengeluarkan komponen saiz sebenar.
  • Bunyi asal Scammell boleh didengari dan dikeluarkan melalui pembesar suara Bluetooth.

Berapa pula harga Scammell Pioneer ini? Setakat 26 Mac lalu, sudah 19 bidaan dibuat dengan harga bidaan tertinggi £5,000 (RM27,770)!

BACA >>> Inilah Harga Dibayar untuk Miliki Mercedes-Benz 500E (W124) 'Mr Bean'
BACA >>> #BikinKereta: MINI Recharged, daripada Model Klasik Kepada Enjin Elektrik

Related

105
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Bikin Kereta Tagged With: Auto Terkini, Car & Classic, lori, model skala, Roda4, Scammell Pioneer

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • Gracshaw Perkenal Tiga Helmet Baharu
    Gracshaw Perkenal Tiga Helmet Baharu

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my