CHONGQING Zongshen yang diasaskan pada 1992 kini bergelar antara pengeluar motosikal terbesar China. Mungkin ada tidak tahu, firma itu ada kaitan sejarah dengan Suzuki.
Malah jenama itu pernah menyertai perlumbaan Kejuaraan Dunia Enduran dan muncul Naib Juara pada 2003 serta mencuba nasib dalam Rali Dakar sekitar 2017.
BACA >>> Zongshen Cyclone RA2 Bakal Masuk Malaysia, Harga RM12k?
Selain Suzuki, firma itu juga bekerjasama dengan industri Piaggio, Harley-Davidson dan beberapa pengeluar lain. Zongshen menerusi jenama produk Cyclone mahu menawarkan produk berkualiti tinggi untuk pasaran domestik dan eksport. Malah ada beberapa model dihasilkan khas untuk eksport ke pasaran Barat.
Sebagai contoh, motosikal advencer RX6 yang menggunakan enjin Norton dilancarkan tahun lalu dan dijangka menjengah pasaran Eropah tidak lama lagi. Jenama itu juga sudah mempamerkan model konsep RA9 yang dibina berasaskan model Aprilia Shiver. Bagaimanapun, tiada butiran dikongsi.
Kini, Cyclone ada rancangan memperkenalkan dua model saiz sederhana iaitu RC401 dan RX401. Trenkuasa digunakan jenis dwi-silinder sebaris dengan sistem penyejukan cecair berkuasa 45hp.
BACA >>> Aprilia Shiver 750 Jadi Cyclone RA9 Concept, Bakal Masuk Pasaran Asia Tenggara?
RC401
- Mengetengahkan rekabentuk sportbike.
- Rim 17 inci dengan set brek cakera kembar depan.
- Dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran.
- Sistem fork terbalik (USD) dan sistem monoshock boleh laras.
- Swingarm dikatakan berasaskan material aluminium gred premium.
- Berat motosikal cuma 178kg.
BACA >>> Zontes Dedah Enjin 3-Silinder Baharu, Bakal Lawan Yamaha MT, MV Agusta dan Triumph
RX401
- Motosikal kategori advencer seakan model RX6.
- Menggunakan trenkuasa sama seperti RC401.
- Rim 19 inci (depan) dan 17 inci (belakang) jenis berbilang jejari.
- Set brek cakerakembar depan dengan ABS.
- Fork terbalik jenama KYB dengan frem keluli trellis dan swingarm aluminium.
BACA >>> Misteri Kehilangan Amelia Earhart, Juruterbang Wanita Pertama Cuba Keliling Dunia
BACA >>> Bagaimanakah Cara Membrek Motosikal dengan Betul?
BACA >>> Kajian: Semakin Sesak Jalan Raya, Semakin Tinggi Risiko Sakit Mental
SUMBER: RideApart
Leave a Reply