• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda Buka Fasiliti Terowong Angin dengan Kos Lebih RM500j!

Honda Buka Fasiliti Terowong Angin dengan Kos Lebih RM500j!

April 10, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

261
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HONDA pada 21 Mac lalu membuka fasiliti terowong angin baharu berharga AS$124 juta (RM523.8 juta) di Amerika Syarikat (AS) untuk pembangunan kenderaan Honda dan Acura di negara itu.

Makmal Automotif Honda Ohio (HALO) yang terletak di Pusat Kajian Pengangkutan (TRC) di Ohio itu ialah terowong angin tercanggih di dunia dengan tiga fungsi ujian berasingan, iaitu aerodinamik, aeroakustik dan perlumbaan dalam satu lokasi.

Ya, bukan hanya pembangunan kenderaan massa Honda dan Acura, fasiliti itu juga untuk jentera lumba syarikat. Fasiliti HALO dibina bagi mengukuhkan komitmen syarikat dalam membangunkan kenderaan cekap bahan api dan juga menyeronokkan.

Asasnya, terowong angin penting dalam menghasilkan kereta cekap bahan api dan stabil, manakala bagi kereta elektrik pula, ciri aerodinamik penting bagi memaksimumkan jarak pemanduan.

BACA >>> Terowong Angin Baharu Volkswagen Mampu Cetuskan Kelajuan Angin 250kmj
BACA >>> Porsche Hasilkan Kotak Bumbung yang Mampu Redah Kelajuan 200kmj!

Ciri Terowong Angin HALO

  • Menggunakan sistem permukaan jenis modular (modular ground plane system) boleh tukar untuk ujian aerodinamik kenderaan pengeluaran dan lumba.
  • Kereta pengeluaran menggunakan sistem jalan lima tali sawat (five-belt rolling road system) dan tali sawat kedua tunggal lebar (second single wide-belt system) untuk ujian kereta prestasi tinggi dan jentera lumba.

  • Berkeupayaan menghasilkan angin dengan kelajuan lebih 310kmj.
  • Mampu mengaktifkan ujian akustik dengan pantas menggunakan mikrofon dan kamera dan boleh mengumpul data masa nyata dan ukuran tepat.
  • Menuju ke arah dunia elektrifikasi, pengurangan bunyi semakin penting dalam rekabentuk kenderaan, tanpa bunyi enjin dan ekzos, bunyi angin mudah didengari dalam kabin kenderaan elektrik.
  • Menerusi sistem ujian akustik, jurutera Honda mampu mengenal pasti lokasi tepat bunyi dalam dan luar kereta dengan lebih cepat.
  • Ujian aerodinamik juga membantu meningkatkan jarak gerak dan prestasi kenderaan elektrik Honda atau Acura pada masa depan.

Fasiliti itu juga memberikan peluang kepada pasukan jurutera Honda untuk membina hubungan dengan syarikat lain yang berminat dalam kajian aerodinamik dan aeroakustik, termasuk menyokong aktiviti STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteran dan Matematik).

Pembinaan HALO ialah pelaburan besar terbaru Honda di Ohio dengan jumlah keseluruhan pelaburan mencecah AS$14 bilion (RM59 bilion) dalam tempoh 40 tahun.

BACA >>> Honda HR-V (2022) Lancar di Indonesia, Ada Varian Turbo RS, Harga Mula RM104k
BACA >>> Honda Malaysia Buka Tempahan Odyssey (2022) Serba Baharu Versi CBU, Harga RM275k!

Related

261
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Halo, Honda, Honda Automotive Laboratories of Ohio, Honda Automotive Laboratories of Ohio (HALO), Honda HALO, terowong angin, Terowong Angin HALO Honda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my