• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bukan Kerajaan, Tetapi TnG yang Tetapkan Harga Tag RFID

Bukan Kerajaan, Tetapi TnG yang Tetapkan Harga Tag RFID

March 24, 2022 By Farah Leave a Comment

392
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERAJAAN memaklumkan harga tag Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) adalah ditetapkan Touch n Go Sdn Bhd (TnG) selaku pengedar sah. Namun, pada masa sama, pihak Kerajaan juga sudah meminta syarikat itu mengkaji semua kos itu bertujuan mengurangkan harga jualan tag berkenaan.

Perkara tersebut dijawab Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dalam Dewan Negara semalam apabila ditanya mengenai RFID.

Menurutnya lagi, TnG ialah penyedia perkhidmatan bagi sistem kutipan tol di semua lebuh raya Malaysia yang mana urusan pelantikan kontraktor atau pembekal tag RFID diuruskan sepenuhnya pihak itu.

Pelaksanaan sistem kutipan tol dengan menggunakan teknologi RFID pada masa ini adalah pilihan kepada pengguna di samping pihak lebuh raya masih mengekalkan mod pembayaran lain seperti Kad TnG dan SmartTAG.

"Kementerian sentiasa mengkaji dan meneliti pilihan sesuai bagi memastikan kemudahan pengguna dalam melaksanakan transaksi tol di lebuh raya diutamakan. Pengenalan teknologi ini adalah selaras hasrat Kerajaan beralih kepada sistem kutipan tol secara Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF).

"Kerajaan hingga kini tidak mewajibkan pengguna bertukar kepada teknologi ini dan kadar harga RFID adalah ditetapkan pihak TnG selaku pengedar sah yang menguruskan hal-hal berkaitan penjualan tag ini," katanya.

Pada masa sama, Kementerian juga melaksanakan pelbagai kajian, sesi libat urus dan dialog bersama pihak berkepentingan (stakeholders) bagi mendapatkan maklum balas serta mencadangkan penyelesaian terbaik mengenai kaedah atau teknologi yang akan diguna pakai dalam melancarkan proses pembayaran tol lebuh raya.

Langkah itu selaras hasrat kerajaan untuk melaksanakan sistem kutipan tol secara MLFF menjelang 2025.

Hasil kajian mendapati Teknologi RFID dengan teknologi gelombang radio sudah digunakan meluas di banyak negara bagi pelaksanaan sistem kutipan tol tanpa henti, atau MLFF.

Justeru, teknologi RFID diperkenalkan sebagi alternatif kepada teknologi sistem kad TnG dan SmartTAG sedia ada. Bagaimanapun, Kementerian akan mengkaji keberkesanan teknologi RFID berbanding teknologi sedia ada sebelum membuat keputusan seterusnya.

Terdahulu, Fadhillah memaklumkan Dewan Negara harga jualan semasa tag RFID adalah RM35 yang merangkumi kos pelekat RFID, pemasangan tag, sistem dan pengoperasian.

BACA>>>  Kerajaan Minta TnG Kaji Semua Harga Tag RFID RM35
BACA>>> Tiada Lagi Plaza Tol, Pakar Positif RFID Mampu Kurangkan Kesesakan Lebuh Raya

SUMBER: FB Fadillah Yusof

Related

392
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Fadillah Yusof, Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), plaza tol, RFID, TnG, tol, Touch N Go

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev