• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / The Fate of the Furious Lancar Treler Rasmi, Dom Jadi Budak Jahat

The Fate of the Furious Lancar Treler Rasmi, Dom Jadi Budak Jahat

December 13, 2016 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


FRANCAIS kelapan The Fast and the Furious (TFATF) kali ini muncul dengan nama The Fate of the Furious. Treler rasmi filem itu baru saja dimuat naik dan dijadualkan ditayangkan pada April tahun depan.

The Fate of the Furious adalah satu-satunya francais TFATF yang tidak dibintangi aktor Paul Walker selain TFATF: Tokyo Drift. Sebagai makluman, Walker maut akibat kemalangan bersama rakannya, Roger Rodas pada 2013 yang ketika itu memandu Porsche Carrera GT.

DOM SEBAGAI BAD GUY

dom-toretto-vin-diesel
Dominic Toretto atau Dom (Vin Diesel) dan isteri, Letty Ortiz (Michelle Rodriguez) sedang berbulan madu selepas Brian (Paul Walker) dan Mia Toretto (Jordana Brewster) bersara, manakala kru lain bebas  dan masing-masing menjalani hidup baru.

Namun, Dom tidak dapat mengelak daripada terjebak dalam dunia jenayah berikutan kemunculan seorang wanita misteri hingga memaksa dia membelot beberapa orang yang rapat dengannya. Dom dalam filem ini ditukarkan menjadi 'budak jahat'. Ini termasuk kemunculan Charlize Theron yang melakonkan watak seorang pengganas bernama Cipher dengan karakter super 'iblis'. Jangan dilupakan pula kemunculan kali kedua aktor otai dalam francais filem ini, Kurt Russell sebagai Mr Nobody.

Apakah The Fate of the Furious lebih dramatik dan mengujakan? Sama-samalah kita tunggu lebih kurang 4 bulan lebih daripada sekarang.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, filem aksi perlumbaan, filem Hollywood, Hollywood, The Fast and The Furious, The Fate of the Furious, Vin Diesel

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev