WAKIL pengedar rasmi Honda di Indonesia, Honda Prospect Motor (HPM) hari ini rasmi melancarkan Honda HR-V (2022) serba baharu dengan rekabentuk diperbaharui lebih segar dan dilengkapi teknologi terkini.
Kehadiran model kenderaan utiliti sukan (SUV) baharu itu didorong permintaan pelanggan generasi baru yang lebih muda dan mahukan SUV lebih kompak bergaya, canggih dan berprestasi.
BACA >>> #Spyshot: Kelibat Honda HR-V Serba Baharu Sedang Diuji Muncul di Indonesia
REKABENTUK SERBA BAHARU, JIWA MUDA
HR-V (2022) generasi kedua kali ini tampil berbeza berbanding model terdahulu mengetengahkan konsep 'Sangat Mengesankan' (Exceptionally Impressive) sebagai SUV unik dan memukau menerusi rekabentuk dan teknologi canggih.
Model baharu ini turut menawarkan tiga konfigurasi tempat duduk: Long, Utility dan Tall, yang boleh disesuaikan mengikut keperluan pengguna, sama seperti ditawarkan model City Hatchback, sesuatu yang tidak ditawarkan SUV kelas sama.
Berikut fakta menarik mengenai HR-V (2022):
EMPAT VARIAN
- Ditawarkan dalam empat varian:
- S - Rp355.9 juta (RM104,630)
- E - Rp379.9 juta (RM111,850)
- SE - Rp399.9 juta (RM117,740)
- Turbo RS - Rp499.9 juta(RM147,180)
- Dijana enjin 1.5L DOHC i-VTEC berkuasa 119hp (121ps) dan tork 145Nm dengan transmisi automatik CVT.
- Varian Turbo RS dipacu enjin 1.5L VTEC Turbo berkuasa 175hp (177ps) dan tork 240Nm.
CIRI MENARIK, HONDA SENSING SEMUA VARIAN
- Semua varian termasuk paling asas dilengkapi:
- Teknologi bantuan pemandu Honda SENSING, lampu utama LED, termasuk lampu siang (DRL).
- Kluster instrumen TFT 4.2 inci, dan unit infotainment 7 inci dengan konektiviti telefon pintar.
- Kunci auto bila jauh dari kereta (walk away auto lock).
- Amaran tali keledar belakang.
- Penyaman udara automatik.
- Ciri keselamatan Bantuan Mula Daki (HSA), Kawalan Turun Bukit (HDC), Kawalan Stabiliti Kenderaan (VSC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA).
- Brek Parkir Elektrik (EPB), Brek Pegun Auto (ABH), dan empat pembesar suara (Turbo RS mendapat esktra dua twiter).
- Varian E mendapat penghidup enjin kawalan jauh, kemasan bampar dan lampu kabus, pedal syif, cermin sisi boleh lipat, kerusi kulit-fabrik, soket kuasa baris kedua, stereng semi-kulit, ventilator penyaman udara belakang, perehat lengan belakang, tombol gear kulit.
- Varian SE dan Turbo RS mendapat tambahan signal belok sekuensial, lampu kabus LED, rim aloi 18 inci, unit infotainmen 8 inci, kamera belakang multisudut, Honda LaneWatch, lampu peta LED elektrostatik, bumbung panoramik.
- Varian Turbo RS mendapat ekstra 6 beg udara, kluster instrumen TFT 7 inci boleh kustom, 4 pembesar suara dan 2 twiter, dual-ekzos, upholsteri kulit hitam dan sulaman benang merah, stereng kulit, 3 mod pandu (Sport, Normal dan ECON), but elektrik bebas tangan, kit aero RS.
BACA >>> 8 Fakta Pantas: Tentang Honda HRV-RS yang Perlu Anda Tahu
BACA >>> Proton Raja SUV Malaysia, X50 Catat 100k Tempahan Terkumpul
BACA >>> Honda HR-V (2022) Lancar di Jepun, Harga Mula RM86.6k!
Leave a Reply