PENGELUAR motosikal China semakin agresif meneroka pelbagai segmen pasaran Eropah. Terbaharu, firma Excelle mempamerkan jentera rali gurun, ZF 450LS Rally pada Ekspo Motosikal Chongqing.
Excelle dilaporkan ada kaitan dengan jenama motosikal Colove dan turut menawarkan jenama itu di beberapa pasaran luar negara. Jadi, bukan satu kejutan jika ZF 450LS Rally memiliki rupa mirip prototaip Colove Rally 450 (foto bawah).
BACA >>> Lagi Pengeluar Motosikal China Bikin Sportbike 4-Silinder, Lancar Tahun Depan?
Khabarnya, Excelle mengikut jejak KTM dan Fantic yang sudah berkecimpung dalam segmen motosikal rali. Bagaimanapun, pengeluar itu belum membuat pengumuman rasmi mengenai tarikh pelancaran ZF 450LS Rally.
Namun, data awal homolog sudah tertiris menerusi Kementerian Industri dan Teknologi China dengan perincian berikut:
- Trenkuasa 4-lejang 4-injap silinder tunggal 449cc DOHC penyejukan cecair berkuasa 52.3hp @ 9,000rpm dan tork 43.9Nm @ 7,000rpm.
- Kelajuan maksimum 170kmj, Berat 155kg.
- Menggunakan frem keluli dengan swingarm aluminium, dan pelana tunggal.
- Sistem suspensi fork terbalik (USD) di depan, dan monoshock di belakang.
- Rim depan 21 inci dengan tayar 90/90, rim belakang 18 inci dengan tayar 140/80.
- Kapasiti tangki minyak 32 liter.
- Warna badan jingga-putih, seakan warna popular KTM.
BACA >>> Askar UK, Australia Uji Motosikal Elektrik Sur-Ron Light Bee X Sebagai Aset Tentera
BACA >>> Ducati Desert-X (2022) Ilham Model Rali Paris-Dakar Lancar, Harga RM70k
BACA >>> Kymco Lancar Skuter Like 150 S Di Australia, Harga RM15k!
SUMBER: Motorrad
Leave a Reply