HONG Kong kini bersedia menyambung kembali penerbangan antarabangsa dari Amerika Syarikat (AS), Britain dan tujuh negara lain sebagai langkah melonggarkan syarat sekatan dikuatkuasakan Kerajaan untuk mengekang penularan wabak Covid-19.
Hab kewangan itu berdepan kesukaran mengekalkan dasar sifar Covid China sepanjang krisis penularan varian Omicron.
BACA >>> Naik Basikal Sampai Putrajaya, Espargaro Mohon Maaf Langgar SOP Covid-19
BACA >>> Kajian: Pemandu UK Belum Yakin dengan Kereta Pandu Sendiri
Pihak berkuasa mengenakan sekatan penerbangan antarabangsa dari lapan negara berisiko tinggi, termasuk AS, Britain, Perancis dan India serta negara ke-9, iaitu Nepal, bulan lalu.
Kadar jangkitan di Hing Kong naik mendadak dengan mencatat lebih sejuta kes, melibatkan 5,600 kes kematian yang mana sebahagian besar ialah golongan warga emas belum divaksin.
Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam berkata, Hong Kong akan membatalkan larangan penerbangan yang turut dirujuk sebagai ‘pemutusan litar’ untuk sembilan negara berkenaan bermula 1 April ini.
Pemutusan litar kini tidak sesuai. Situasi epidemik di negara-negara berkenaan tidak kurang buruk berbanding Hong Kong dan kebanyakan ketibaan tidak mempunyai simptom serius.
“Untuk melanjutkan pemutusan litar akan menambah kebimbangan dan kerisauan penduduk Hong Kong yang terperangkap di sini.”
Tempoh kuarantin buat pengunjung divaksin juga dikurangkan kepada tujuh hari di hotel terpilih, disusuli tujuh hari lagi untuk pemantuan di rumah. Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan tarikh penukaran akan dibuat.
Buat masa ini, penduduk Hong Kong yang mahu pulang dari destinasi asing perlu menjalani kurantin dua minggu di hotel mahal. Lam juga mengumumkan membuka sesi pembelajaran secara bersemuka di sekolah antarabangsa, sekolah rendah dan tadika bermula 19 April ini.
Bermula 21 April nanti, restoran akan dibuka selepas 6 petang untuk makan di premis. Malah perhimpunan awam dinaikkan kepada empat orang berbanding dua orang.
BACA >>> #TahukahAnda: RON95 atau RON97, Mana Lebih Bagus, Apa yang Berbeza?
BACA >>> #SembangDeras: Kat Shell Pun Boleh Beli, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman 3 Tahun Guna RFID
BACA >>> Terminal Pengecas Berprestasi Tinggi EV Ada Di Stesen Shell Tangkak
BACA >>> #ApaNakBuat: Kereta Tenggelam Banjir, Apakah Langkah Perlu Dilakukan?
SUMBER: The Sun
Leave a Reply