• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Mitsubishi Ralliart Kembali ke Arena Rali dengan Trak Pikap Triton!

Mitsubishi Ralliart Kembali ke Arena Rali dengan Trak Pikap Triton!

March 30, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

139
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELAIN mengotakan janji menawarkan model Ralliart, Mitsubishi juga mahu kembali aktif dalam sukan permotoran dan hasrat itu disahkan melalui perkembangan terbaharu ini.

Mitsubishi mengumumkan Mitsubishi Ralliart Team dengan sokongan teknikal Mitsubishi Motors akan bersaing dalam kejuaraan Asia Cross Country Rally (AXCR) 2022 pada Ogos depan.

BACA >>> Kilang Era Perang Mitsubishi Pajero Bakal Jadi Kilang Tisu Tandas?

Mitsubishi menggunakan trak pikap Triton untuk acara rali rentas negara (cross country) di Asia Tenggara dengan majoriti perlumbaan berlangsung di Thailand dan turut diiktiraf Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA).

Menariknya, Mitsubishi Ralliart Team ialah pasukan persendirian milik TANT Sports di Thailand bersama juara Rali Dakar 2002 dan 2003, Hiroshi Masuoka yang dilantik sebagai pengarah pasukan.

Selain bertanding, Mitsubishi Motors juga memanfaatkan pengetahuan daripada perlumbaan tersebut bagi meningkatkan lagi kekuatan badan dan casis, pengendalian dan prestasi off-road. Walaupun tidak mendedahkan maklumat teknikal, tetapi Triton rali ini tampil lasak dengan tayar off-road, snorkel, badan ditinggikan, flap lumpur dan dua set roda ganti di belakang.

Mitsubishi Triton Rally.03
Mitsubishi Triton Rally.08

Dalam kabin pula dipasangkan kerusi lumba dan kerangka keselamatan. Trenkuasa jentera rali untuk perlumbaan sebegini biasanya tidak diubah suai besar-besaran kerana perlu tahan lasak dan tahan lama. Apa yang penting, menamatkan perlumbaan.

Mitsubishi sejak November 2021 sibuk dengan pelancaran dan pengenalan model khas Ralliart. Pajero Sport Ralliart dan Triton Ralliart diperkenalkan pada November 2021 sebelum disusuli Vision Ralliart Concept pada Januari tahun ini.

BACA >>> Vision Ralliart Concept (2022) - Jelmaan SUV Mitsubishi Outlander Versi Sporty
BACA >>> Ralliart Kembali! Perkenal Model Edisi Khas Triton, Pajero Sport!

Mitsubishi Triton Rally.01
Mitsubishi Triton Rally.02
Mitsubishi Triton Rally.03
Mitsubishi Triton Rally.04
Mitsubishi Triton Rally.05
Mitsubishi Triton Rally.06
Mitsubishi Triton Rally.07
Mitsubishi Triton Rally.08

Related

139
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Mitsubishi, Mitsubishi Ralliart, Mitsubishi Ralliart Team, Mitsubishi Triton, Mitsubishi Triton Ralliart, RALLIART, Roda4, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev