• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Buru Pemandu Hilux Kaki Buli

Polis Buru Pemandu Hilux Kaki Buli

March 21, 2022 By Wahid Leave a Comment

221
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


POLIS kini memburu pemandu Toyota Hilux yang didapati memandu secara berbahaya dan membuli kenderaan lain hingga hampir menyebabkan kemalangan.

Dalam video tular 1 minit 35 saat  itu, pemandu Hilux tersebut dirakamkan cuba menukar lorong dengan menghimpit sebuah kereta berwarna kelabu di sebelahnya hingga menyebabkan berlaku perlanggaran.

BACA >>> Mungkin Dibuli atau Stres, UKM Beri Bantuan Psikososial Kepada Lelaki 11 Bonggol

Disebabkan gagal memotong dan nyaris melanggar Myvi putih di depannya, pemandu Hilux itu bertindak mengejar dan menghimpit kereta kelabu tersebut dan memaksa pemandunya mengelak hingga terlanggar kon kecemasan sebuah lori yang berhenti di tepi jalan.

Insiden berlaku jam 2.49 petang di KM138.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, Jumaat lalu.

Polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987, dan  siasatan masih diteruskan bagi mengesan pemandu trak pikap berkenaan, termasuk pemandu kereta yang dihimpit.

Polis juga memohon saksi kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Firdaus Abdul Ghani di talian 014-395 5400 atau 04-538 2222.

BACA >>> Pembuli Jalan Raya Tunjuk Samseng? Lakukan 6 Tip Ini untuk Elak Lebih Drama
BACA >>> Pelatih Audi Bunuh Diri Tidak Tahan Dibuli, Pernah Dibakar dan Dikurung

SUMBER: DashcamOwnersMalaysia

Related

221
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Buli Jalan Raya, Pemandu Buli, Pemandu Hilux Buli, Toyota Hilux

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my