• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bridgestone Henti Operasi Pengeluaran Tayar di Rusia

Bridgestone Henti Operasi Pengeluaran Tayar di Rusia

March 19, 2022 By Shawkath Leave a Comment

738
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR tayar dari Jepun, Bridgestone mengumumkan rancangan membekukan pelaburan baharu, eksport produk dan pengeluaran di Rusia.

Pengeluar itu juga menyatakan komitmen sumbangan lebih €3.5 juta (RM16.2 juta) untuk krisis kemanusiaan di Ukraine. Keputusan tersebut dibuat semalam sebagai respons kepada pencerobohan tentera Rusia ke atas Ukraine. Khabarnya, Bridgestone Americas memberi sumbangan AS$250,000 (RM1.04 juta) kepada Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah.

BACA >>> Konflik Rusia-Ukraine Cetus Gelombang Kedua Bekalan Semikonduktor Dunia?

Bridgestone juga akan menghentikan pengeluaran di kilang Ulyanovsk di Rusia, tetapi memberi jaminan bahawa proses pembuatan dan pembekalan luar Rusia adalah stabil dan akan terus memantau situasi semasa.

Bagaimanapun, Bridgestone tidak melupakan pekerja warga Rusia di fasiliti pembuatan tayar kereta penumpang di Ulyanovsk. Pengeluar itu menegaskan akan kekal menjaga kebajikan, terutama aspek kewangan lebih 1,000 kakitangan di kilang berkenaan dan petugas pejabat jualan di situ.

BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Membaca Tayar Motosikal Anda?
BACA >>> Guna Tayar Belakang Betul Bantu Bastianini Muncul Juara GP Qatar 2022!

Bridgestone mula membina kilang Ulyanovsk pada 2013 dan aktiviti pengeluaran bermula pada 2016. Projek itu mendapat usahasama antara Bridgestone (90 peratus) dan Mitsubishi (10 peratus) dengan menelan kos 37.5 bilion yen (RM1.3 bilion).

Pengeluaran kapasiti harian ialah 12,000 unit tayar.

BACA >>> Tak Cukup Pekerja Kilang, Syarikat Trak Rusia Cadang Guna Khidmat Banduan
BACA >>> Jambatan Kereta Api Pertama Hubungkan China, Rusia Siap Dibina, Panjang 7km
BACA >>> Lelaki Rusia Berang Kereta Kena Tunda, Buat Aksi Lagak Ngeri Pandu Turun Sendiri

SUMBER: Motor1

Related

738
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bridgestone, Bridgestone Americas, Kilang Brigestone, Kilang Tayar, Konflik Rusia-Ukraine, Krisis Rusia-Ukraine, Ulyanovsk

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev