MENARIK mengenai Audi adalah bagaimana jenama itu kekal berdisiplin dengan rekabentuk berkotak dan bergaris. Dari satu generasi ke generasi, rekabentuk kenderaan Audi semakin tajam yang menyerlahkan ekspresi serius. Terbaharu, Audi memperkenalkan A6 Avant e-tron Concept dengan gaya menggagumkan untuk sebuah model wagon.
Dari segi sejarah, A6 bukan model baharu dan mula diperkenalkan sejak 1968 (dikenali sebagai Audi 100) hingga 1994, manakala model Avant dikeluarkan dari 1977.
Avant berasal daripada kata nama avant-garde dan slogan iklan Audi pada 1995 yang dinamakan pengeluar dari Jerman itu untuk model station wagon cantik.
Walaupun model konsep, Audi mendakwa A6 Avant e-tron Concept ialah model pameran yang berorientasikan pengeluaran. Sama seperti A6 e-tron Concept yang diperkenal pada 2021, model konsep itu menggunakan sistem pemanduan elektrik dengan Premium Platform Electric (PPE), dibangunkan bawah teraju Audi.
PPE dibangunkan bersama Porsche AG dan banyak lagi model berlainan segmen akan menggunakan platform tersebut. Model penegluaran Audi pertama menggunakan platform PPE akan diperkenalkan bermula 2023. Berikut apa dinyatakan Audi mengenai A6 Avant e-tron Concept:
- Dari segi dimensi, mempunyai ukuran seperti A6 Sportback e-tron dengan panjang 4,968mm, lebar 1,951mm dan tinggi 1,433mm.
- Garisan dan perkadaran elegan adalah previu kepada model. Audi akan datang selain bayangan rekabentuk menarik kenderaan kelas mewah dikuasakan elektrik.
- Elemen utama seperti gril tunggal (Singleframe) dan lampu belakang bersambung menunjukkan kaitan dengan model elektrik e-tron.
- Dari segi elektrikal, model ini dilengkapi sistem 800 volt dan kapasiti pengecasan hingga 270kW. Pengecasan pantas hanya mengambil masa 10 minit untuk pemanduan sekitar 300km!
- Tempoh diperlukan itu hampir menyamai masa hentian biasa untuk mengisi minyak kereta enjin pembakaran dalaman (ICE).
- Dalam masa tidak sampai 25 minit, bateri 100kWh pada boleh dicas dari 5 peratus hingga 80 peratus, manakala jarak pandu pula hingga 700km. Cukup sesuai untuk pemanduan jauh!
- Prestasi juga hebat, dilengkapi dua motor elektrik berkuasa 350kW (467hp) dan tork 800Nm.
- Varian aras mula mampu memecut 0-100kmj kurang 7 saat, manakala varian prestasi di bawah 4 saat sahaja! Prestasi model Sportback dan Avant biasanya tidak jauh beza.
Pengenalan A6 Avant e-tron Concept ini dijangka memberi nafas baharu dan masa depan sebuah wagon. Dalam era elektrik, wagon terus dihidupkan!
BACA >>> Untung Duduk dalam Kumpulan Sama, Ketua dari Audi Dilantik CTO Lamborghini
BACA >>> Audi RS Q e-Tron - Jentera Lumba Elektrik yang Dibikin untuk Rali Dakar
Leave a Reply