• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Inovasi Mus Tayar Pintar Bakal Atasi Masalah Pancit

Inovasi Mus Tayar Pintar Bakal Atasi Masalah Pancit

March 17, 2022 By Shawkath Leave a Comment

157
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


RAMAI penunggang motosikal advencer dan dual-sport memahami ancaman dan kesukaran berdepan masalah tayar pancit. Tidak kira sama ada di jalan raya biasa atau off-road, masalah tayar pancit bukan hanya menelan kos belanja tinggi, tetapi juga merugikan masa, termasuk mendatangkan risiko lebih bahaya jika berlaku di kawasan pedalaman atau jalan raya sesak.

Antara penyelesaian popular dalam kalangan penunggang off-road adalah menggunakan mus (mousse) tayar. Secara am, mus tayar ialah gegelung busa yang dimasukkan dalam tayar sebelum dipasangkan pada rim.

BACA >>> Bridgestone Hasilkan Tayar Tanpa Angin yang Kalis Pancit, Tampung Berat 2.2 Tan!

Tujuannya, memberikan perlindungan terakhir dengan menawarkan keselamatan lebih baik apabila berlaku masalah tayar pancit. Aplikasi ini cukup popular buat penunggang off-road, tetapi masih kesan buruk. Antaranya berat motosikal bertambah, menjejaskan kualiti pengendalian dan ketangkasan, serta membebankan output kuasa.

Mus tayar kurang popular dalam kalangan penunggang streetbike kerana menyebabkan berat motosikal bertambah selain mengubah karakter pengendalian jentera. Malah, haba panas dari permukaan jalan boleh menyebabkan busa cair, sekali gus mengotorkan rim dan tayar.

Terbaharu, sebuah syarikat dari Itali, Risemousse mendakwa berjaya mencipta tayar generasi baharu yang boleh digunakan untuk tunggangan off-road jalan raya biasa.

Dipanggil B-Sure, produk itu ditayangkan di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2021, dan menjadi satu-satunya mus tayar untuk model streetbike. Menariknya, tayar baharu ini mampu menahan haba panas dari jalan, sekali gus meminimumkan impak ke atas karakteristik pengendalian motosikal.

BACA >>> Pembonceng Motosikal Pun Dapat Perlindungan dengan Insurans Allianz Motorcycle Plus

Setakat ini, produk itu masih menunggu kelulusan paten yang dijangka mengubah tahap keselamatan streetbike. Produk itu akan menggunakan busa khas Polimer Plastik Memori Diperluas (MEPP) menerusi ciri sensor atas pemantau tekanan tayar mus.

Sensor itu berfungsi menghantar data ke peranti pemantau LED yang dipasangkan pada bar hendal. Apabila tayar bocor, amaran penurunan tekanan angin dalam tayar akan terpapar pada peranti pemantau tersebut.

Busa khas itu juga membolehkan penunggang meneruskan perjalanan hingga tiba ke tempat selamat untuk berhenti atau membaik pulih tayar. Mus tayar B-Sure mungkin ditawarkan dalam beberapa varian mengikut jenis tunggangan. Buat masa ini, ada lima model motosikal tersenarai, iaitu:

  • Urban: skuter kecil
  • Adventure: off-road dan tourer adventure, chopper
  • Tourer: sport tourer dan motosikal advencer
  • Sporty: nakedbike dan sportbike

Bagaimanapun, busa itu tidak sesuai untuk kegunaan trek, manakala harga produk itu dianggarkan antara €150-€180 (RM695-RM830) mengikut saiz dan kategori.

BACA >>> #ApaNakBuat: Nak Konvoi Motosikal? Buat 12 Tip Asas Ini Dulu!
BACA >>> #TahukahAnda: GoodYear Pernah Cipta Tayar Kereta Bercahaya
BACA >>> Seludup Syabu RM1.8 Juta dalam Tayar Basikal Kanak-Kanak

B Sure Mousse Tayar - 4
B Sure Mousse Tayar - 2
B Sure Mousse Tayar - 6
B Sure Mousse Tayar - 7
B Sure Mousse Tayar - 8
B Sure Mousse Tayar - 9
B Sure Mousse Tayar - 10

SUMBER: RideApart | ADVPulse | Risemousse

Related

157
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Roda2 Tagged With: aksesori, EICMA 2021, inovasi, Mousse Tayar, Mus Tayar, Pameran Motosikal Milan (EICMA), rekacipta, roda2, Tayar, Tyre Mousse

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev