PERKHIDMATAN Transit Aliran Massa 3 Circle Line (MRT3) yang dianggap sebagai ‘bahagian terakhir’ sambungan laluan pengangkutan awam di Kuala Lumpur akan disambung kembali selepas projek pembangunan itu tergendala selama beberapa tahun.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp), Zarif Hashim berkata, MRT3 bukan sekadar satu projek pembinaan, tetapi pembangunan projek berkenaan mampu menyelesaikan isu sosio-ekonomi.
Beliau berkata;
Kami merancang menjadikannya satu projek holistik berdasarkan lapan prinsip, antaranya menyediakan hubungan ke kawasan kurang membangun dan memacu kebalikmudaan urban.
“Projek itu juga akan menyediakan hab transit berbilang mod di bahagian utara pusat bandar Kuala Lumpur, membuka akses ke Ampang Jaya dan menambah baik teknologi tempatan.”
Tambah beliau, projek itu juga menyediakan sistem pengangkutan awam ke kawasan yang agak ketinggalan seperti di Segambut dan Setapak.
BACA >>> Pakar: Tol Patut Naik 2-3 Kali Ganda untuk Dana Pengangkutan Awam, Elak KL Sesak!
BACA >>> Sudah Lama Ada, Tapi Ramai Tak Tahu Boleh Isi Minyak Guna RFID di Stesen Shell
Sementara itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, jika projek rangkaian transit itu siap, ia membolehkan Kerajaan memperkenalkan langkah lanjutan mengurangkan kesesakan dan emisi karbon di bandar.
Beliau berkata;
Projek itu adalah bahagian kritikal terakhir untuk melengkapkan rangkaian rel urban KL dan bakal menggalakkan penggunaan perkhidmatan awam.
“Sebuah rangkaian transit lengkap akan membolehkan Kerajaan memperkenalkan lebih banyak pendekatan seperti caj alam sekitar dan kenderaan untuk mengurangkan kesesakan dan menurunkan emisi karbon.”
APA ITU MRT3?
- Jajaran bulatan sepanjang 50.8km meliputi perimeter Kuala Lumpur yang sepatutnya beroperasi penuh menjelang 2030. Fasa pertama dijangka bermula 2028.
- Projek membabitkan landasan bertingkat 40.1km dan terowong bawah tanah 10.7km dengan 31 stesen. Sebanyak 10 stesen adalah stesen pertukaran dengan laluan rel sedia ada di Lembah Klang.
- Pada April 2021, Ka Siong mendakwa projek pembangunan akan disambung semula pada separuh tahun kedua. Bagaimanapun tertangguh disebabkan pandemik Covid-19, termasuk isu kos dan pembiayaan.
- Projek itu pernah ‘dibekukan’ Kerajaan pimpinan Pakatan Harapan pada 2018.
BACA >>> MRT Putrajaya Fasa 1 Tak Jadi Buka, Kena Uji Lagi
BACA >>> #ApaNakBuat: 3 Tip Mudah Elak Jalan Raya Sesak
BACA >>> Sehari Selepas HSR, Kerajaan Batalkan Projek MRT3
SUMBER: FMT
Leave a Reply