• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Krisis Rusia-Ukraine: Honda Motor Umum Bantuan Kemanusiaan RM4.6 Juta

Krisis Rusia-Ukraine: Honda Motor Umum Bantuan Kemanusiaan RM4.6 Juta

March 16, 2022 By Shawkath Leave a Comment

113
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PADA 24 Februari lalu, Presiden Rusia Vladimir Putin mengarahkan tenteranya menceroboh negara jiran Ukraine yang dianggap sebagai konflik terbesar abad ke-20.

Pencerobohan itu membawa kepada pelbagai tentangan dari Ukraine dan negara dunia, terutama Eropah dengan mengenakan banyak sekatan ekonomi ke atas Rusia dalam usaha mengasingkan Moscoa daripada aspek ekonomi.

BACA >>> Konflik Rusia-Ukraine Cetus Gelombang Kedua Bekalan Semikonduktor Dunia?

Banyak jenama utama dunia seperti Apple, Nike dan McDonalds mengambil langkah, sama ada keluar sepenuhnya dari Rusia atau mengurangkan operasi secara drastik. Ada juga beberapa pengeluar automotif dunia mengumumkan menggantung eksport dan pengeluaran di Rusia sebagai cara mendesak peperangan ditamatkan.

Malah, beberapa organisasi sama ada persendirian atau awam memulakan projek kutipan dana dan sumbangan untuk penduduk Ukraine yang terjejas akibat konflik dengan Rusia

Honda Motor Co, antara jenama terbesar sektor pengangkutan dunia, turut menyertai misi memberi sokongan kepada penduduk Ukraine.

Pengeluar dari Jepun itu menyumbang €1 juta (RM4.6 juta) kepada pertubuhan Palang Merah Jepun sebagai sokongan kemanusiaan buat rakyat Ukraine yang menderita akibat krisis berkenaan. Sumbangan itu membantu aspek keperluan makanan, pakaian, ubatan dan perlindungan kepada pelarian ketika iklim sejuk mula melanda negara tersebut.

Menerusi Pertubuhan Palang Merah Jepun, beberapa organisasi Jepun dapat menghulurkan bantuan kemanusiaan di Ukraine. Selain Ukraine, usaha itu dilanjutkan kepada negara jiran seperti Poland yang menyaksikan ketibaan pelarian Ukraine secara mendadak.

BACA >>> Krisis Rusia-Ukraine: Harley-Davidson Henti Operasi Perniagaan, Eksport Motosikal ke Rusia
BACA >>> Kes Nahas MH17: Australia, Belanda Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Rusia
BACA >>> Ferrari, Lamborghini Bantu Rakyat Ukraine, Henti Pengeluaran Di Rusia

SUMBER: RideApart

Related

113
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Autoglobal, Honda Motor Co, Krisis Perang Ukraine-Rusia, Vladimir Putin

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev