• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Sir Rod Stewart Bantu Turap Jalan Berlubang, PBT Pula 'Tak Puas Hati'?

Sir Rod Stewart Bantu Turap Jalan Berlubang, PBT Pula 'Tak Puas Hati'?

March 16, 2022 By Shawkath Leave a Comment

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

BINTANG rock veteran, Sir Rod Stewart secara sukarela mengangkat penyodok dan membantu beberapa pekerja menurap sejumlah lubang besar di sebatang jalan raya dekat rumahnya di Essex, England.

Aksi itu dikongsi menerusi dua rakaman video di Instagram penyanyi dan penulis lagi tersebut menunjukkan beliau menyodok batu-batu kecil dari belakang trak pikap sambil menceritakan keadaan jalan di situ.

BACA >>> Masalah Jalan Berlubang di UK, Satu Lubang Ditutup Setiap 19 Saat!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sir Rod Stewart (@sirrodstewart)

Tindakan itu dibuat kerana Stewart mendakwa beliau tidak dapat memandu supercar miliknya kerana keadaan permukaan jalan raya yang terlalu teruk.

BACA >>> UK Mahu Guna Dron Cari Jalan Berlubang di Lebuh Raya

Stewart berkata:

“Saya sedang baik pulih jalan raya yang saya sukai kerana tiada sesiapa peduli untuk melakukannya (baik pulih). Keadaan ini sudah lama berlarutan.

“Orang ramai terpaksa meredah lalu hingga kenderaan rosak dan hari itu, ada sebuah ambulans dengan tayar pecah. Ferrari saya pun tak boleh lalu sini. Jadi, saya dan beberapa rakan berpendapat mari kita lakukannya sendiri.”

Majlis Daerah Essex yang sepatutnya bertanggungjawab untuk memastikan jalan raya itu berada dalam keadaan baik didakwa 'kurang berpuas hati' dengan hasil kerja Stewart.

Ahli Kabinet Lee Scott memberitahu porta BBC News bahawa:

“Engkau tidak boleh ambil tindakan sendiri. Semua kerja baik pulih jalan perlu dibuat pada tahap profesional atau orang yang berbuat demikian boleh dipertanggungjawab jika berlaku sebarang masalah atau kemalangan.”

BACA >>> Kajian: 5 Situasi Atas Jalan yang Kerap Buat Penunggang Motosikal Kemalangan
BACA >>> Menteri Wilayah: 'Jumpa Jalan Berlubang, Call Saya'
BACA >>> Mat Motor Dapat RM11 Juta Sebab Kemalangan Elak Jalan Berlubang

SUMBER: CarScoops

Related

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Jalan raya berlubang, Lee Scott, Sir Rod Stewart

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my