• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kawasaki Cipta Robot Kambing Liar, Boleh Tunggang, Bawa Muatan 100kg!

Kawasaki Cipta Robot Kambing Liar, Boleh Tunggang, Bawa Muatan 100kg!

March 16, 2022 By Shawkath Leave a Comment

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

KAWASAKI ada mendedahkan satu model prototaip robotik ibex (sejenis spesies kambing liar) di Pameran Dagangan Robot iRex di Jepun minggu lalu.

Malah ada satu klip video di YouTube menunjukkan robot kambing itu boleh berjalan menggunakan empat kaki, ada roda untuk meluncur dan ditunggang seorang individu dewasa.

Model konsep itu dicipta pasukan jurutera Kawasaki yang terlibat dengan program Platform Pembangunan Robot Manusia Kukuh (Robust Humanoid Platform, RHP) yang dikenali sebagai Kaleido sejak 2015.

Sepanjang tempoh pembangunan program itu, mereka terfikir bahawa jika robot dua kaki adalah baik, adakah robot empat kaki jauh lebih baik?

BACA >>> Anak Malaysia Jadi Pengajar Latihan Robotik di Tesla

Masayuki Soube yang mengetuai RHP berkata:

“Semasa dalam proses antara robot manusia dan robot beroda, kami terfikir jika ada wujud peluang lain. Sebab itu kami mulakan pembangunan Bex, sebuah robot empat kaki yang boleh berjalan.

“Kami percaya teknologi kemampuan berjalan yang diambil dari pembangunan robot manusia boleh diaplikasi pada robot berkaki empat.”

Robot kambing liar itu dipanggil Bex dan mempunyai kekuatan untuk mengangkut pelbagai jenis kargo sehingga 100kg. Selain itu, bentuk badannya boleh diubah untuk disesuaikan dengan jenis beban yang dibawa.

Bex juga dipasang beberapa kamera yang boleh digunakan untuk membantu tugas pemantauan di ladang tanaman dan industri termasuk pembinaan.

BACA >>> Kereta Tesla Kini Ada Mod Anjing dengan Kawalan Penyaman Udara Aktif Automatik
BACA >>> Saintis Israel Dakwa Berjaya Latih Ikan Emas Pandu 'Kenderaan'
BACA >>> Kawasaki Cipta Dron Hibrid Guna Enjin Ninja ZX-10R, Mampu Terbangkan Objek 200kg!

SUMBER: CarScoops| Kawasaki

Related

1.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: autoterkini, Kawasaki Bex, Kawasaki Japan, Robot Kambing Kawasaki, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my