• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #RetroAuto: Inilah Kisah di Sebalik Kuning Floresen yang Jadi Warna Kegemaran Rossi

#RetroAuto: Inilah Kisah di Sebalik Kuning Floresen yang Jadi Warna Kegemaran Rossi

March 15, 2022 By Shawkath Leave a Comment

607
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


VALENTINO Rossi sudah tidak lagi berada di grid kelas premier MotoGP 2022 yang mana ketiadaan pelumba veteran itu pasti menjadikan saingan musim ini berbeza.

Pelumba legenda itu dikhabarkan sedang melakukan persiapan bersama pasukan W Racing Team (WRT) dari Belanda untuk perlumbaan empat roda Cabaran GT Dunia Eropah 2022.

BACA >>> Pasukan Rossi Tayang Pelumba, Jentera Ducati GP21 untuk Aksi MotoGP 2022

Pereka helmet, Aldo Drudi tampil mendedahkan liveri baharu helmet yang akan digunakan pelumba berusia 43 tahun itu. Nampaknya, Rossi bakal membawa sebahagian suasana MotoGP ke arena perlumbaan kereta.

Ini disebabkan skema warna helmet Rossi mirip warna digunakan beliau ketika bersama pasukan Yamaha, iaitu biru, biru lembut dan kuning terang (floresen).

Sebagai makluman, jentera lumba pasukan WRT jenis Audi menggunakan tona kelabu, hitam dan merah floresen.
Drudi turut mendedah cerita di sebalik warna trademark Vale Yellow. Beliau berkata;

Valentino pernah berlumba motosikal mini dengan memakai helmet Kevin Schwantz yang juga pelumba saya. Malah saya juga merekabentuk helmet juara dunia itu.

“Kalau kamu masih ingat, di belakang helmet ada warna kuning floresen dan warna itu menjadi trend popular pada tahun-tahun tersebut.”

BACA >>> #RetroAuto: Idea Doohan, Skil Rossi Popularkan Brek Ibu Jari dalam MotoGP

Malah, Rossi pernah mendedahkan Schwantz adalah salah seorang pelumba kegemarannya. Sejak itu, warna kuning floresen  menjadi signatur Rossi walaupun pernah berhijrah ke beberapa pasukan dan jenama pasukan pengilang berbeza.

Drudi berkata lagi;

Selalunya, kena ada flou (floresen). Jika kamu masih ingat tahun pertama 500cc, beliau pernah menggunakan liveri Honda hasil rekaan saya dengan warna kuning biasa.

“Tapi Rossi mahukan (warna) floresen pada pakaian dan topi keledar seperti yang anda boleh lihat pada foto-foto sebelum ini. Malah ini juga masalah sama yang berbangkit tahun ini untuk jentera VR46 dengan dua skema warna kuning berbeza.”

Walaupun Rossi tidak lagi berlumba dalam MotoGP, pasukannya VR46 tetap meneruskan legasinya dengan mengenakan skema warna kuning.

Walaupun The Doctor mungkin menjadi pemandu pasukan WRT, tetapi lencana 46 kuning kekal ditampal atas liveri pasukan tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Drudi Performance (@drudi_performance)

SUMBER: RideApart

Related

607
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 2022 MotoGP, Kevin Schwantz, Retro Auto, roda2, Roda4, Vale Yellow, Valentino Rossi, VR46, W Racing Team (WRT), Yellow Vale

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev