• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Starrtrek Carriers Perkenalkan Semi-Treler Baharu Serba Canggih

Starrtrek Carriers Perkenalkan Semi-Treler Baharu Serba Canggih

March 15, 2022 By Farah Leave a Comment

33
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

STARRTREK Carrier baru-baru ini memperkenalkan dua servis pengangkut kenderaan baharu yang berkualiti dan canggih, semi-treler bertutup Auriga Deluxe 122 dan semi-treler Blizzard.

Kedua-dua pengangkut adalah barisan pengangkutan kenderaan rekaan Eropah terbaik dalam kelas yang diyakini bakal memberi saingan dalam pasaran logistik automotif Malaysia.

Kelebihan semi-treler bertutup Auriga Deluxe 122 ialah:

  • Mampu membawa kenderaan tanpa terdedah kepada cuaca Malaysia tidak menentu.
  • Memberi perlindungan tambahan ketika melalui permukaan jalan tidak rata.
  • Melindungi kenderaan daripada lantunan batu sepanjang perjalanan.
  • Mampu menampung maksimum enam kereta penumpang atau empat unit kenderaan utiliti sukan (SUV) bagi setiap perjalanan bergantung dimensi kenderaan.

Kelebihan semi-treler Blizzard pula ialah:

  • Lebih banyak ruang untuk membawa lebih banyak beban bagi setiap perjalanan berbanding kebanyakan semi-treler Malaysia.
  • Mampu memuatkan 10 unit kenderaan bergantung ukuran dan berat.

Kedua-dua jenis semi-treler Starrtrek Carriers ini dilengkapi sistem hidraulik untuk membantu mengangkat dan menurunkan muatan dengan pengendalian minimum.

Selain itu, keluli ringan dan tahan lasak yang digabungkan dengan teknologi baru pada semi-treler ini juga boleh  menampung muatan tinggi untuk memenuhi keperluan logistik automotif dan perniagaan pengangkutan. Auriga Deluxe dan Blizzard disokong Scania Prime Movers yang dilengkapi pelbagai ciri keselamatan trak termaju seperti sistem navigasi (GPS) dan kamera pemantau.

Buat masa ini, Starrtrek Carriers mempunyai sebuah semi-treler Auriga Deluxe dan enam unit Blizzard yang beroperasi di seluruh Semenanjung.

Maklumat lebih lanjut boleh hubungi Starrtrek Carriers di laman www.starrtrekcarriers.com.my atau talian WhatsApp di 017-284-8120.

BACA>>>
Ekspo Kenderaan Komersial Malaysia (MCVE) 2022 Beri Penyelesaian Pengangkutan Masa Depan
BACA>>> Tak Kasi Peluang Kena Pancung, Pemandu Myvi Ini Sanggup 'Cucuk' Masuk Bawah Lori

starrtrek
starrtrex kenderaan
starrtrek carrier
starrtrek carrier 2
WhatsApp Image 2022-03-15 at 12.51.49 PM
WhatsApp Image 2022-03-15 at 12.51.48 PM

Related

33
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auriga deluxe, blizzard, semi trailer, semi trailer pengangkutan kenderaan, starrtrek carrier sdn bhd

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • Aveta Malaysia Penuhi Permintaan Pelanggan Dengan Nova 250 dan Marvel 150 Yang Terbaru
    Aveta Malaysia Penuhi Permintaan Pelanggan Dengan Nova 250 dan Marvel 150 Yang Terbaru

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev