• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / 2 Kanak-Kanak Tunggang Honda EX5 Langgar Tiang, Maut Sampai Otak Terkeluar

2 Kanak-Kanak Tunggang Honda EX5 Langgar Tiang, Maut Sampai Otak Terkeluar

March 15, 2022 By Farah Leave a Comment

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

NIAT dua orang kanak-kanak lelaki yang mahu meronda-ronda kawasan kampung dengan menaiki motosikal Honda EX5 berakhir tragedi apabila mereka maut setelah melanggar tiang elektrik di kawasan sawah padi di Kampung Terus, Penanti, Bukit Mertajam di Pulau Pinang semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, kedua-dua mangsa yang dipercayai berusia 12 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Berikutan itu, mayat kedua-dua mangsa diserahkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk proses bedah siasat.

Insiden itu turut menjadi tular di media sosial dengan rakaman video menyaksikan orang kampung membantu mengutip sisa organ mangsa.

Akibat kemalangan itu, kepala mangsa juga dilaporkan pecah sehingga menyebabkan otak terkeluar.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kampung berkenaan, Baharuddin Abdullah memberitahu, sebaik sahaja dimaklumkan penduduk kampung tentang kemalangan tragis itu, dia terus bergegas ke lokasi kejadian.

Bagaimanapun dia mendapati dua kanak-kanak itu bukan penduduk kampung di situ dan mereka masuk ke kampung itu dengan menunggang Honda EX5.

BACA>>> Maut Digilis Myvi Ketika Tolong Rakan Tunda Motosikal Di LPT2
BACA>>> Entah Apa Dibuat, Kereta Depan Sudah Brek, Saga Meluncur Laju Tak Tekan Brek Langsung

Related

1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Honda EX5, kanak-kanak maut, kemalangan maut

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
    Chery Malaysia Tawar Rebat hingga RM16,888 Sempena Tahun Baharu Cina!
  • Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
    Lambretta Malaysia Umum Pelan 2026, Sasar Perluasa Rangkaian Nasional
  • Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
    Kia EV2 dengan Jarak Lebih 440km, EV Kompak Saiz Macam Ativa!
  • Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar
    Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my