• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Isu Permukaan Trek Litar Mandalika Selesai, Tiada Masalah Tunggang Sepantas 330kmj

Isu Permukaan Trek Litar Mandalika Selesai, Tiada Masalah Tunggang Sepantas 330kmj

March 14, 2022 By Shawkath Leave a Comment

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

LITAR Antarabangsa Mandalika pernah label sebagai berbahaya selepas beberapa penunggang MotoGP mempersoalkan kualiti permukaan litar yang didakwa ‘mudah tertanggal’ dan kotor.

Masalah itu menjadi topik perbualan dan kekecewaan beberapa pelumba selepas mereka selesai mengadakan ujian pramusim MotoGP 2022 di litar berkenaan pada Februari lalu. Khabarnya, Dorna turut memberi ‘teguran’ berhubung masalah tersebut.

BACA >>> Lepas Kena Tegur, ITDC Segara Mulakan Kerja Turap Balik Litar Mandalika

Penganjur MotoGP di litar berkenaan, Persatuan Grand Prix Mandalika (MGPA) kini sudah menurap semula permukaan litar bermasalah dan memberi jaminan bahawa masalah yang dihadapi pelumba-pelumba sebelum ini tidak akan berulang.

Ada dua masalah dialami rata-rata penunggang iaitu permukaan trek berdebu dan tar tertanggal. Proses turapan semula permukaan membabitkan jarak sepanjang 1.6km sudah disempurnakan iaitu antara Turn 16 dan 17.

BACA >>> Ambil Tanah Buat Litar Mandalika, Penduduk Kecewa Hutang Belum Langsai

TIGA LAPISAN ASFALT

Proses baik pulih permukaan litar melibatkan tiga lapisan asfalt iaitu Stone Mastic Asphalt (SMA), Asphalt Concrete dan Base Course.

  • Stone Mastic Asphalt (SMA) ialah campuran bahan asfalt dan digunakan untuk menutup lapisan atas permukaan trek. Lapisan asfalt itu dikatakan boleh mengukuhkna struktur permukaan lapisan.
  • Asphalt Concrete ialah lapisan kedua yang memiliki kadar ketebalan dan ketegaran yang diperlukan. Fungsinya adalah untuk mengurangkan stres disebabkan beban trafik, iaitu dipindahkan tekanan ke lapisan bawah asfalt.
  • Base Course ialah lapisan asfalt lebih rendah. Fungsinya ialah menguatkan struktur utama trek. Lapisan itu menggunakan batu dari Lombok Utara, Lombok Timur dan Palu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ITDC (@itdc_id)

MGPS mendakwa denga semua lapisan itu, pelumba MotoGP boleh memerah terotal penuh tanpa perlu berasa bimbang. Khabarnya, tiada masalah walaupun menunggang sepantas 330kmj.

SUMBER: Kabaroto

Related

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Isu Trek Mandalika, Litar Antarabangsa Mandalika, Lombok, MotoGP 2022, Persatuan Grand Prix Mandalika (MGPA)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev