• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Yamaha Indonesia Perkenal 3 Warna Baharu MX King 150 (2022), Ada Hijau Petronas?

Yamaha Indonesia Perkenal 3 Warna Baharu MX King 150 (2022), Ada Hijau Petronas?

March 14, 2022 By Shawkath Leave a Comment

954
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

YAMAHA Indonesia memperkenalkan tiga pilihan warna baharu untuk model MX King 150 edisi 2022 yang bertujuan menjadikan model itu kekal berdaya saing di pasaran negara berkenaan.

Pembaharuan yang dibuat cuma membabitkan aspek hiasan dan tiada perubahan diberikan untuk trenkuasa atau menaik taraf spesifikasi sedia ada. Berikut ialah perinciannya:

BACA >>> Yamaha 135LC Fi (2022) Dicipta Khas untuk Malaysia, HLYM Jawab Kenapa Tiada Klac Tangan

WARNA

Yamaha MX King 150 2022 - 1
Yamaha MX King 150 2022 - 0
Yamaha MX King 150 2022 - 2
yamaha-logo
  • Tiga warna pilihan ditawarkan ialah Cyan, Biru dan Merah.
  • Varian Cyan hadir dengan tona kontras hitam termasuk rim berbeza warnan. Rim depan dikenakan warna Cyan manakala rim belakang disaluti hitam dengan jalur Cyan. Panel belakang berwarna hitam.
  • Varian merah pula hadir dengan panel depan kelabu dan menggunakan rim bertona hitam. Varian ini berkongsi liveri badan sama seperti Cyan. Bahagian kepala motosikal disaluti warna putih.
  • Varian biru pula menerima rona kontras hitam. Kedua-dua rim juga berwarna biru gelap melambangkan warna tradisi Yamaha Racing.

HARGA

  • Semua siri MX King 150 dengan warna baharu ditawarkan pada harga asas atas jalan 24,960,000 rupiah (RM7,328) di Jakarta.
  • Harga itu adalah lebih mahal berbanding varian dipertingkat edisi 2021 yang pernah dijual pada harga 24,075,000 rupiah (RM7,063).

SPESIFIKASI

Yamaha MX King 150 2022 - 0
Yamaha MX King 150 2022 - 1
  • Dijana enjin sama, 4-lejang 4-injap silinder tunggal 150cc SOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api (FI) berkuasa 15.1hp @ 8,500rpm dan tork 13.8Nm @ 7,000rpm, manakala transmisi jenis klac manual 5-kelajuan.
Yamaha MX King 150 2022 - 4
Yamaha MX King 150 2022 - 3
  • Antara ciri menarik ialah lampu utama LED, kluster instrumen digital penuh, tangki minyak 4.2 liter, tayar tiubles, dan lampu kecemasan.
Yamaha MX King 150 2022 - 5
Yamaha MX King 150 2022 - 2
  • Motosikal seberat 118kg itu memiliki ketinggian pelana 795mm dan menggunakan sistem suspensi fork teleskopik serta penyerap hentak tunggal.
  • Sistem henti membabitkan sepasang brek cakera untuk roda depan dan belakang. Menggunakan frem backbone jenis ringan.

BACA >>> Yamaha 135LC Versi Karburetor Masih Jual, HLYM Jamin Alat Ganti Kekal Ada untuk 10 Tahun
BACA >>> Yamaha Indonesia Lancar Warna Baharu XSR155 (2022), Ada Edisi Ulang Tahun MotoGP
BACA >>> #ApaNakBuat: Inilah Cara Bersih, Minyakkan Rantai Motosikal yang Betul
BACA >>> Suzuki Raider R150 Fi (2022) Lancar di Malaysia, Harga RM8.1k!

SUMBER: Yamaha Indonesia

Related

954
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: roda2, Supermoped 150cc, Yamaha Indonesia, Yamaha MX King 150 (2022)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
    Perbandingan: Proton X50 2026 Varian Executive, Premium dan Flagship, Mana Paling Berbaloi?
  • Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
    Kenapa Proton X50 2025 Nampak Lagi SPORT Berbanding Sebelum Ini?
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!
    Surau MADANI R&R Seremban Jadi R&R Pertama Malaysia Dibenarkan Solat Jumaat!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev