BERANG dengan masalah kereta Proton dibelinya, seorang pemilik Proton di Twitter yang menggesa orang ramai supaya jangan membeli kereta jenama itu. Perkongsian itu kini tular di media sosial.
Status tidak puas hati itu dimuat naik pemilik Proton, Marsha Milan di akaun @Naimazharrrr yang mendakwa menyesal membeli kereta itu dan meminta netizen tidak membeli kereta jenama itu sama ada memiliki wang atau tidak.
Semuanya kerana tidak berpuas hati apabila kereta yang baru dipandunya baru dua tahun mengalami beberapa kerosakan walaupun tidak pernah terlibat kemalangan. Malah, dia mengaku sudah menghantar servis berkala mengikut jadual.
Please don’t buy Proton. Even if you have money or don’t have money, please please do not spend your money buying a product from Proton. I regretted buying one from them because my dad’s good friend is a manager there & yg nak kena hadap masalahnya aku ni.
— Marsha Milan (@naimazharrrr) March 13, 2022
Lebih menimbulkan kemarahan, apabila menghantar ke bengkel untuk dibaiki, mekanik mendakwa keretanya itu dibuat menggunakan bahan rendah kualiti.
Kereta tak pernah accident apa, always go inspection on time tapi baru 2 tahun dah rosak itu ini. Bila hantar bengkel biasa betulkan tingkap, pomen kata material yg diguna low class punya (no kidding) spending 50-60k on local product & what was I expecting?
— Marsha Milan (@naimazharrrr) March 13, 2022
Dalam ciapan Tweeter, Naimazharrrr turut memuat naik video bukti masalah tingkap keretanya walaupun baru dibaiki.
Oh bukti? Baru lepas hantar bengkel, repair tingkap, dia problem balik. Bila ingat balik, takde pulak kereta ke lorry langgar kereta aku, so kau nak rosak tak sudah sebab apa? Sebab barang kau pakai sangkak. Urrrgh I’m so annoyed pic.twitter.com/pnHwBfuUvh
— Marsha Milan (@naimazharrrr) March 13, 2022
Cuma tu lah, tak perlu lagi “Show support for local product” when the products made are tacky, cheaper than what it’s advertised for, bad after sales service etc. Go buy international products okay. I don’t care if you’re triggered by this, I used my money, not yours.
— Marsha Milan (@naimazharrrr) March 13, 2022
Walaupun tidak menunjukkan foto penuh kereta, tetapi model dibeli itu dipercayai Proton Persona. Dia juga tanpa segan silu menyarankan orang ramai membeli kereta luar yang dianggapnya lebih berkualiti.
Sementara itu, kami difahamkan pihak Proton sudah menghubungi pemilik berkenaan.
BACA>>> Pandu 10km 'Check Engine' Menyala, Pemilik Tak Sangka X70 Baru Beli Pernah Kemalangan
BACA>>> X70 Azhan 'Jerking', Proton Beritahu Lambat Sebab Tunggu Alat Ganti dari China
BACA >>> X70 'Jerking', SUV Kena Tinggal Lama di Pusat Servis, Azhan Rani Lepas Geram
BACA >>> Proton Raja SUV Malaysia, X50 Catat 100k Tempahan Terkumpul
SUMBER: Twitter @naimazharrrr
Eims says
Masalah tingkap? Lama sgt dh xdgr mslh power window ni kat produk proton sebab proton mmg dh bg lifetime warranty kan utk semua produk dia utk power window?
Org ni pegi hantar kat pomen biasa walaupun ada warranty. Yg fre& lg reliable kat svc center proton ada watpe pegi tmpt kena baya? 🤔
Zizazoraya says
Kereta msia yg OK jenama peradua, terutama myvi.. Tak banyak rAgam... Aku dah beli jenama proton (keluar sampol lagi) dari iswara, proton waja, proton preve semuanya bermasalah kereta baru 2thn ada masalah qualiti,.. Lepas tu sevis after sale cekit darah.. Sekarang puas hati guna myvi dgn honda tak pening kepala
Yulfadly Mohd Yusoff says
Aku penah pakai proton dulu, takde masalah pula.. Skrg dah pakai honda tapi ada masalah..macam mana tu? Rezeki masing2 lah bro..
Anuar says
Tak semestinya kereta selain Proton x de masaalah. Jangan pula bila dah pakai keta lain, bila ada problem dok senyum plak xnk komplen..hebahkan dalam media sosial.
ida says
sama la bos baru pakai sebulan lbh first time byr dah ada kerosakan ada mcm bunyi tikus check kat service dia org ckp kerosakan berasal dari kilang sb kereta msh baru