SIAPA yang tak gembira, kalau tiba-tiba menerima hadiah supercar yang bernilai jutaan ringgit daripada insan tersayang. Demikianlah perasaan seorang suami apabila mendapat kejutan manis daripada isteri tercinta yang menghadiahkannya Lamborghini bernilai RM2 juta.
Perkara itu dikongsi menerusi video Tiktok di akaun Ayunieso24 iaitu isteri tersebut, yang memperlihatkan pasangan tersebut berada di sebuah showroom kenderaan mewah di Kuala Lumpur.
@ayunieso24 #ad Bagi awl2 hadiah utk jaga sy dlm Pantang nnti 😘 Terima kasih suami , besar mana pun nilai hadiah ni takkan dapat balas kebaikan awk #fyp #ad #vitamilk ♬ Dengarkan Sayang - Kangen Band
Dalam video itu, Ayunieso atau nama sebenarnya, Anes Ayuni Osman menyatakan Lamborghini itu dihadiahkan bagi menghargai jasa suaminya yang akan menjaganya dalam pantang kelak.
Turut kelihatan, suaminya menangis berpelukan kerana terharu apabila mengetahui isteri menghadiahkan kereta Lamborghini Huracan Evo berwarna Turquoise.
Video itu lantas menarik perhatian ramai yang terharu melihat keikhlasan dan kasih sayang isteri yang mahu membahagiakan sang suami.
Satu fakta menarik mengenai pasangan ini, isteri itu berusia 19 tahun, manakala suaminya berusia 20 tahun. Bagaimanapun tidaklah mustahil untuk bakal ibu ini berbelanja besar untuk suaminya memandangkan dia ialah pengasas produk kecantikan.
Terdahulu, pasangan ini pernah menjadi sensasi di media sosial kerana suaminya pernah menghadiahkan sebuah kereta Mustang semasa hari perkahwinan mereka. Bakal ibu ini juga memiliki Lamborghini Aventador SV bernilai RM3 juta.
BACA>>> Lelaki Misteri Hadiahkan Abang Viva XJ6 Diversion!
BACA>>> Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah
@ayunieso24 #ad alhamdulillah setakat ni tak ada sewa lagi semua beli fully CASH hasil #vitamilk nak buat loan takboleh umur baru 18🤣 #ad ♬ suara asli - GG
ena says
Hmmm........klu,Aku....Jaga pantang dulu,barulah bg hadiah...baru tau ikhlas ke tak Jaga Bini....
Abd Halim says
Macamana nak jadi kaya macam ni ya...muda lagi dah jadi jutawan.....huh jenuh nak cuba
Nazaruki Bin Muhammad says
Inilah cinta sebenar benar cinta.di usia inilah yg sepatutnya berumahtangga.supaya nnt tidak berlaku kemungkaran.saya dulu pun berkahwin dibusia begini juga.alhamdulillah sejahtera.