SEORANG pemilik Proton X70 meluahkan rasa kecewa di laman TikTok selepas mengetahui kereta yang baru dibelinya itu pernah terbabit kemalangan.
Perkara itu didedahkan Nur Shakira Baharuddin apabila X70 yang baru dipandunya selama seminggu tiba-tiba mengalami masalah indikator 'periksa enjin' (check engine) menyala.
@nurshakirabaharuddin #protonmalaysia #proton #fyp #kelantan ♬ อย่างน้อยเราเคยรักกัน - AnAn (อันอัน)
@nurshakirabaharuddin Balas kepada @shahjeahan #protonmalaysia ♬ bunyi asal - NurShakira Baharuddi
Nur Shakira mula rasa pelik dengan masalah dialami kerana kenderaan utiliti sukan (SUV) itu baru saja dibeli. Akhirnya dia memutuskan menghantar ke pusat servis untuk diperiksa. Namun, alangkah terkejut apabila dimaklumkan mekanik pusat servis ada beberapa komponen kereta mengalami kerosakan temasuk wayar penyambung yang sudah putus.
Tidak berpuas hati pendedahan diterima, Nur Shakira memohon penjelasan daripada ejen kereta yang dibelinya di Gua Musang, Kelantan. Pihak penjual akhirnya menceritakan hal sebenar, iaitu pekerjanya membawa keluar kereta itu untuk membeli rokok dan terbabit kemalangan.
Mungkin takut dibuang kerja, pekerja itu senyap-senyap cuba membaiki SUV tersebut. Difahamkan lagi, ejen kereta tersebut juga mengambil semula kereta tersebut untuk membaiki lampu periksa enjin yang menyala, tetapi masalah tersebut kembali berulang tidak sampai 10km wanita itu memandu.
@nurshakirabaharuddin Balas kepada @zieanapinjamangomen #protonmalaysia ♬ bunyi asal - NurShakira Baharuddi
@nurshakirabaharuddinPart berapa pun sya lupa sorry tau slow2 reply♬ อย่างน้อยเราเคยรักกัน - AnAn (อันอัน)
Dalam klip video dimuat naik, Nur Shakira turut mendakwa bahagian depan X70 itu sudah dicat baharu untuk menutup kesan kemalangan hingga menyebabkan dia tidak perasan SUV berkenaan pernah kemalangan.
Dia kini sudah membuat laporan polis dan meminta Proton Malaysia membantunya menangani masalah berkenaan. Netizen turut mendoakan wanita ini berjaya mendapatkan haknya dan membawa kes itu ke mahkamah kerana jelas mempunyai bukti kukuh.
BACA>>> Penunggang Terlanggar Belakang X70, Netizen Terharu Lihat Pemandu Datang Peluk
BACA>>> X70 Azhan 'Jerking', Proton Beritahu Lambat Sebab Tunggu Alat Ganti dari China
Muhammad Arshad Bin Mustapaha says
Apa la salah kalau nk pegi beli rokok makanan ke apa.. teakde sngt pun pkai jelah kereta pameran tu skjp.. ni pkai kereta pelanggan bila jadi apa2 kan susah.. hurm...
Ute lahak says
Rokok tu haram sebab memudaratkan.
Kesian, terima kasih.