• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Video Acah Kedua Honda Hawk 11 (2022) Dedah Lebih Banyak Perincian

Video Acah Kedua Honda Hawk 11 (2022) Dedah Lebih Banyak Perincian

March 11, 2022 By Shawkath Leave a Comment

132
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

HONDA kini berkongsi klip video acah kedua memaparkan sebahagian sudut model Honda Hawk 11 yang akan dilancarkan secara rasminya di Pameran Motosikal Tahunan Osaka Ke-38 pada 19 Mac ini.

Klip kedua memaparkan lampu utama dengan kowl dalam suasana gelap. Turut kelihatan ialah tujuh skru yang digilap dan berwarna perak pada kowl depan yang memegang visor angin gaya klasik.

Honda Hawk 11 Gelap
Honda Hawk 11 (4)

Lampu hadapan LED dipercayai merangkumi dua kluster dan dilengkapi lampu siang LED berbentuk seakan ladam kuda.

Honda Hawk 11 Main
Honda Hawk 11

Cermin sisi pula berbentuk bulat dan diposisikan di hadapan bar hendal, lebih rendah sedikit berbanding ketinggian terotal. Ada dekal Honda pada tangki minyak. Lampu signal jenis LED berbentuk tirus diposisikan lebih ke bawah selaris dengan cermin sisi.

Honda Hawk 11 Gelap 2
Honda Hawk 11 (3)

Video itu juga mendedahkan pelana jenis tunggal dengan ketinggian berbeza untuk penunggang dan pembonceng serta peg kaki penumpang yang lebih tinggi.

BACA >>> Cafe Race Enjin Africa Twin, Honda Hawk 11 (2022) Debut di Jepun 19 Mac Ini

Sebelum ini, klip video pertama dikongsi pada akhir Februari memaparkan sudut sisi motosikal. Apa yang diketahui ialah trenkuasa dwi-silinder sebaris 1,084cc sama seperti model Africa Twin, NT1100 dan Rebel 1100.

Antara maklumat didedahkan ialah kowl di sekeliling lampu utama LED berbentuk bulat dan lampu signal jenis terpisah.

BACA >>> Honda CB1300 (2021) dengan Gaya Retro Lancar di Jepun, Harga Mula RM61.3k
BACA >>> Honda CB650R, CBR650R (2022) Kini Wajah Baharu, Harga Mula RM43k!
BACA >>> #ApaNakBuat: 6 Perkara Perlu Ambil Kira Sebelum Beli Superbike Terpakai

Related

132
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: africa twin, Honda Hawk, Honda Hawk 11 (2022), Honda Japan, Honda Rebel 1100, NT1100, Pameran Motosikal Tahunan Osaka Ke-38, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev