• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #BikinKereta: Limosin Terpanjang Dunia Kini Lebih Panjang, Siap Ada 'Helipad'!

#BikinKereta: Limosin Terpanjang Dunia Kini Lebih Panjang, Siap Ada 'Helipad'!

March 11, 2022 By Shawkath Leave a Comment

544
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERJA restorasi penuh kereta terpanjang dunia ini siap selepas kenderaan tersebut ditunda ke negeri Florida di Amerika Syarikat (AS), kira-kira dua tahun lalu.

Pakar kustom kereta, Jay Ohrberg mula membina kereta dengan nama julukan 'The American Dream’ (Impian Amerika) itu pada 1986 di Burbank, California.

BACA >>> Kancil Limosin 8-Kerusi! Jangan Bimbang Ini Bukan Alza Baharu
BACA >>> Dodge Viper Limusin 12 Tempat Duduk Dijual RM572k?

The American Dream - 1
The American Dream - 0

 

Kenderaan itu asalnya ditemui dalam keadaan terbiar selama beberapa tahun di belakang sebuah gudang di New Jersey. Kemudian, pengumpul dari Florida, Michael Dezer membeli kereta itu pada 2019 dengan membiayai kos membaik pulih semula kenderaan itu.

BACA >>> Toyota Century - Limosin Mewah yang Berharga Dua Model Lexus LS
BACA >>> Daimler Hairan Bagaimana Kim Jong-Un Boleh Ada Mercedes Maybach?

Kereta terpanjang dunia The American Dream - 1
Kereta terpanjang dunia The American Dream - 0

The American Dream ialah kereta kustom daripada model Cadillac Eldorado (1976) yang dipotong dua bahagian dan ditunda dari kediaman pemilik asal, Michael Manning di Nassau County, New York ke bandar Orlando (Florida).

Sejak itu, Dezer, Manning dan pasukan kru mereka memulakan kerja membina semula model tersebut dengan proses restorasi membabitkan aspek:

  • Keseluruhan badan kereta
  • Ubah suai ruang dalaman
  • Bina semula trenkuasa
  • Naik taraf kolam renang
  • Lapangan golf mini
  • Jakuzi

Menurut Guinness World Records, kos restorasi, termasuk pengangkutan ditanggung Dezer dan pasukannya adalah sekitar AS$250,000 (RM1.04 juta).

The American Dream Michael Manning - 0
The American Dream Michael Manning - 1

Ukuran asal pada 1986 ialah 18.28 meter sebelum Ohrberg menambah dimensi kereta itu kepada 30.5 meter menjadi lebih panjang, 30.54 meter.

Ditampung 26 roda, model The American Dream itu dijana dua unit trenkuasa V8, satu di depan dan satu lagi di belakang dengan kapasiti penumpang 75 orang. Kereta itu turut dilengkapi kemudahan seperti tilam air, meja pool, dan landasan helikopter mendarat di belakang.

Manning dipetik Guinness World Records berkata;

Landasan helikopter dipasang pada kereta dengan struktur braket keluli di bawah dan mampu menampung berat hingga 5,000 paun (2,267kg).”

The American Dream secara teknikal terlalu panjang untuk dipandu atas jalan raya umum. Limosin ikonik itu akan menjadi objek pameran di muzium automotif Dezerland Park, luar Orlando.

BACA >>> Letak Muka Jong-un dalam Logo KFC, Gamer Diharam Main Forza Horizon 8,000 Tahun!
BACA >>> Kancil Limosin 8-Kerusi! Jangan Bimbang Ini Bukan Alza Baharu
BACA >>> 10 Trivia Menarik Tentang Limosin yang Anda Mungkin Tidak Tahu
BACA >>> #TahukahAnda: Inilah 5 Kereta Paling Berhantu di Dunia
BACA >>> Cadillac Escalade - SUV Limosin Paling Panjang di Malaysia Ini untuk Disewa, Sejam RM3k!

SUMBER: Motor1

Related

544
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Cadillac Eldorado edisi 1976, Jay Ohrberg, Kereta Terpanjang Dunia, Limusin, Michael Dezer, Michael Manning, Roda4, The American Dream

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
  • AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025
    AFA Prime: Projek Lebar Lebuhraya KL-Karak Bermula Q2 2025

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev