• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: 10 Tip Asas Jimat Minyak yang Setiap Pemandu Kena Tahu

#TahukahAnda: 10 Tip Asas Jimat Minyak yang Setiap Pemandu Kena Tahu

March 11, 2022 By Shawkath Leave a Comment

303
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HARGA bahan api dunia mula meningkat sejak beberapa minggu ini dan salah satu penyebab adalah kebimbangan pasaran terhadap risiko gangguan bekalan minyak mentah dunia berikutan konflik Rusia-Ukraine.

Kenaikan harga bahan api sukar dibendung walaupun Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), turut melibatkan Amerika Syarikat dan Jepun bersetuju menggunakan simpanan 60 juta tong minyak untuk cuba mengimbangkan kesan kenaikan harga bahan api dunia.

mia-bevacqua
carparts.com-logo

Juruteknik Automobil Bertauliah Master ASE, yang juga penulis teknikal dan ketua mekanik di portal CarParts.com, Mia Bevacqua berkongsi tip jimat minyak yang mungkin boleh dicuba:

1. SELENGGARA  KENDERAAN

  • Tip ini biasa didengar, tetapi paling kerap diabaikan. Pemilik diminta jangan mengabaikan peringatan lampu amaran periksa enjin (check engine). Kebanyakan enjin dikawal sistem komputer termaju. Walaupun kereta masih boleh digunakan tanpa masalah, satu sensor rosak boleh menjejaskan ekonomi penggunaan bahan api.

Benda asas lain seperti penapis bahan api tersumbat atau penapis udara kotor boleh memberi kesan kepada pam bahan api (fuel pump) kenderaan.”

  • Jangan abai aspek lain penjagaan kenderaan seperti pad brek bergesel dengan cakera dan penjajaran tayar yang meningkatkan rintangan putaran roda. Ini juga memberi kesan terhadap penggunaan bahan api.

2. JAGA TEKANAN ANGIN TAYAR

  • Aspek ini sebahagian penyenggaraan kenderaan paling mudah dilakukan, tetapi ramai kurang mengambil berat. Penggunaan bahan api dengan jarak pemanduan boleh susut 0.4 peratus jika tayar kurang angin walaupun satu PSI.

Jika tekanan angin lebih rendah (daripada disyorkan), kadar kehilangannya lebih tinggi dan cepat.”

  • Pemilik dinasihatkan mengikut apa disarankan pengeluar berbanding maklumat had maksimum yang dicetak pada permukaan dinding tayar.

3. KURANGKAN LEBIHAN BERAT

  • Anda diminta mengeluarkan semua barangan tidak perlu atau disimpan dalam but kereta. Berat kenderaan lebih ringan membantu menjimatkan penggunaan minyak.

4. TUTUP PENYAMAN UDARA

  • Tip ini agak sukar buat pengguna Malaysia kerana kondisi cuaca lebih panas. Faktanya, kompresor penyaman udara dipacu trenkuasa kenderaan, sekali gus membebankan enjin, dan boleh menurunkan kecekapan bahan api. Bagaimanapun, apabila menurunkan tingkap, ia juga menjejaskan kecekapan jarak pemanduan kerana gangguan aerodinamik.
  • Justeru solusi disyorkan, gunalah penapis atau visor matahari.
  • Pilih tetapan penyaman udara yang membenarkan  udara luar masuk ke kabin tanpa perlu memasang penyaman udara (A/C).
  • Walaupun mungkin tidak sesejuk memasang A/C, tetapi langkah itu lebih nyaman.
  • Bagaimanapun, tip ini sukar dibuat jika memandu dalam bandar atau lokasi kesesakan tinggi.

5. AERODINAMIK KENDERAAN

  • Pengeluar kerap bercakap tentang seretan (drag). Aerodinamik lebih baik bermaksud enjin tidak perlu menggunakan lebihan bahan api untuk membelah angin ketika memandu.
  • Bagi kenderaan utiliti sukan (SUV) atau kereta dengan rel bumbung dan kotak kargo, apa kata tanggalkan jika tidak digunakan kerana aksesori itu boleh mengganggu kecekapan aerodinamik.

6. GUNA PEDAL BERHEMAH

  • Anda dinasihatkan tidak memijak pedal minyak secara agresif atau tidak konsisten. Gunakan secara berhemah dengan menginjak secara lembut.
  • Mematuhi had laju juga sedikit sebanyak membantu mengurangkan pembaziran bahan api.

7. RANCANG PERJALANAN

  • Ramai pemandu sedar, tetapi kurang menitik beratkan aspek ini. Rancang laluan mana yang mahu dilalui sebelum memulakan perjalanan.
  • Mulakan perjalanan lebih awal untuk mengelak terperangkap dalam trafik waktu puncak. Lebih baik gunakan laluan alternatif, berbanding laluan yang sudah sinonim dengan kesesakan trafik.
  • Jika keadaan mengizinkan dan sesuai, jangan menunggu lama atau beratur panjang di laluan pandu lalu untuk membeli makanan.
  • Caranya, apa kata parkir saja kereta dan berjalan kaki untuk beli apa diperlukan. Ini membantu mengurangkan pembaziran bahan api.

8. JANGAN MATIKAN ENJIN KENDERAAN

  • Anda dinasihatkan jangan mematikan enjin kenderaan ketika menunggu lampu isyarat bertukar hijau. Bagaimanapun, situasi itu berbeza untuk kenderaan dengan teknologi henti/mula (start/stop).
  • Perlu diingatkan, sebarang penjimatan bahan api dengan mematikan dan menghidupkan semula trenkuasa mungkin memberi kesan sampingan sepertti kehausan kepada komponen lain (wear & tear).

9. GUNA BAHAN API SESUAI

  • Ikut kadar minimum bahan api disarankan pengeluar asal kenderaan.
  • Jika kereta mengunakan bahan api oktana tinggi atau premium, janganlah menukar kepada bahan api lebih rendah daripada oktana itu.

Menurunkan gred bahan api mungkin memberi kesan kerana komputer enjin kerana perlu menyesuaikan pemasaan pencucuhan untuk diseragamkan dengan jenis bahan api, ini boleh merendahkan lagi ekonomi bahan api.”

  • Pada masa sama, mengisi bahan api oktana lebih tinggi berbanding disarankan pengeluar juga tidak mampu menambah jarak perjalanan.

10. PENGGUNA TRANSMISI MANUAL

  • Jangan memandu dalam gear tinggi tetapi dalam rev (RPM) rendah dalam jangka masa tertentu. Ini menyebabkan lebih banyak kesan buruk di kemudian hari. Apapun ini untuk pemandu kereta manual sahaja.

BACA >>> Tip Pilih Minyak Hitam untuk Kereta Anda, Mana Paling Terbaik?
BACA >>> #ApaNakBuat: Tip Elak Tertidur Ketika Memandu
BACA >>> #ApaNakBuat: Nak Simpan Kereta Jangka Masa Lama? Ikut 10 Tip Ini
BACA >>> #ApaNakBuat: 3 Tip Mudah Elak Jalan Raya Sesak

SUMBER: Motor1

Related

303
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: 10 Tip Jimat Minyak, Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA), autotainment, Mia Bevacqua, tip jimat minyak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev