• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Penghantar Makanan Nyaris Dikekah Harimau Besar Motor!

Penghantar Makanan Nyaris Dikekah Harimau Besar Motor!

March 10, 2022 By Farah Leave a Comment

364
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEBELAKANGAN ini, kerap juga kita dengar kemunculan 'Pak Belang' di kawasan perumahan dan jalan raya awam. Terbaharu di Taman Bersekutu dekat Kampung Sura, Dungun, malam semalam.

Insiden itu menimpa seorang penghantar makanan yang mendakwa hampir diterkam seekor harimau ketika baru selesai menghantar pesanan pelanggannya di kawasan perumahan berdekatan kira-kira jam 8.40 malam.

BACA >>> #TahukahAnda: Seberapa Pantas Babi Hutan Boleh Berlari?

Mohd Shafiq Mamat, 27, mendakwa perasan kelibat harimau itu selepas melewati satu jambatan. Menurutnya, haiwan liar itu, yang berada di sebelah kanan jalan, cuba menerkamnya yang membuatkan dia panik. Mujurlah dia sempat memecutkan motosikalnya sepantas mungkin untuk menyelamatkan diri.

Bagaimanapun, tidak berakhir di situ kerana harimau tersebut masih terus mengejarnya hingga sejauh 5km sebelum berhenti.

Saya mengucap banyak-banyak dan berdoa supaya tidak berlaku sebarang kejadian tidak diingini. Saya sempat menoleh ke arah harimau itu semula, jaraknya dengan saya lebih kurang lima meter saja, mujurlah akhirnya berhenti mengejar," katanya.

Mohd Shafiq yang sudah dua tahun bekerja sebagai penghantar makanan menganggap insiden itu paling ngeri pernah dihadapinya. Berdasarkan gambaran diberikan, saiz harimau itu lebih besar daripada motosikalnya, manakal tinggi pula lebih kurang paras paha lelaki dewasa.

Sementara itu, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu mengakui sudah menerima laporan tersebut dan kakitangan jabatan tersebut sudah ke lokasi kejadian untuk siasatan dan pemantauan.

BACA>>> Perhilitan: Bunyi Hon, Suluh Lampu Tinggi Boleh Buat Gajah Panik, Mengamuk
BACA>>> 11 Pengeluar Automobil Jadikan Haiwan Sebagai Nama Kereta

SUMBER: Bernama | SinarHarian

Related

364
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Harimau, Harimau Belang, Harimau Serang Penghantar Makanan, Pak Belang, penghantar makanan kena kejar harimau, Rider

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev