KETIKA harga kenderaan mula kembali stabil dan bekalan mikrocip semakin pulih, pemain industri automotif global mungkin berdepan gelombang kedua masalah sama akibat pencerobohan ketenteraan Rusia ke atas Ukraine.
Ukraine adalah pembekal utama hampir 70 peratus keperluan gas neon untuk pasaran dunia. Perang yang sedang berlaku ketika ini mungkin tidak mendatangkan kesan serta-merta terhadap industri automotif, tetapi dijangka semakin ketara dalam jangka masa panjang.
BACA >>> Krisis Bekalan Cip Semikonduktor: Apakah Puncanya? Malaysia Sajakah yang Terkesan?
BACA >>> Cerita Kenapa Perodua Tak Dapat Siapkan 70k Unit Tempahan Kereta Tahun Lalu
Ini kerana gas neon ialah gas lengai yang penting dalam pembuatan hampir semua faundri semikonduktor seluruh dunia, dan isu itu didedahkan kajian dilakukan firma penyedia risikan pasaran berhubung industri teknologi yang berpangkalan di Taipei, Taiwan, TrendForce.
Jika berlaku gangguan terhadap bekalan gas neon, dunia akan menyaksikan situasi masalah bekalan komponen dan kenaikan harga mendadak.
Neon dalam atmosfera dianggarkan sebanyak 70 bilion tan, tetapi proses mengekstrak gas neon dari udara memerlukan kepakaran dan teknologi yang sangat rumit dan mahal. Proses mengekstrak daripada udara cecair dibuat melalui proses penyulingan berperingkat.
Kumpulan pembekal di Ukraine terlibat dalam aktiviti mengekstrak, menapis dan mengedar sebahagian besar keperluan gas tersebut ke pasaran dunia setiap tahun.
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Beza Gasket dan Washer?
Faundri, atau kilang tempa logam, semikonduktor pula ialah pengguna terbesar bekalan gas dibekalkan Ukraine. Neon ialah komponen penting digunakan sebahagian besar faundri menerusi proses pembuatan dipanggil litografi.
Metod itu menggunakan laser dalam spektrum ultraungu untuk memindahkan rekabentuk pelitaran sesuatu cip ke dalam wafer fizikal. Neon pula ialah gas lengai yang digunakan untuk mengangkut penyinaran itu ketika proses berlaku ke dalam pancaran laser.
Dalam pemahaman mudah, jika bekalan gas neon dari Ukraine terputus, bekalan keperluan dunia juga terjejas dan membawa kepada permintaan lebih tinggi terhadap pembekal gas lain seluruh dunia.
Situasi itu akan menjadi masalah sebaik saja pengeluar kehabisan bekalan beberapa bulan lagi, sekali gus mengganggu rantaian bekalan dan mikrocip yang diperlukan dalam pembuatan kenderaan.
BACA >>> Krisis Rusia-Ukraine: Harley-Davidson Henti Operasi Perniagaan, Eksport Motosikal ke Rusia
BACA >>> CEO MV Agusta Malu Putin Serang Ukraine, Anggap Presiden Sendiri Sebagai Jijik
BACA >>> Krisis Semikonduktor: Industri Automotif Dijangka Rugi RM878 bilion Tahun Ini
BACA >>> #ApaNakBuat: Jangan Beli Kereta Terpakai Sebelum Tanya 10 Soalan Ini
SUMBER: The Drive | TrendForce
Leave a Reply