• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Mazda CX-60 (2022) Lancar di UK dengan Pacuan Roda Belakang, Harga Mula RM241k

Mazda CX-60 (2022) Lancar di UK dengan Pacuan Roda Belakang, Harga Mula RM241k

March 27, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

266
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MAZDA kini tampil berbeza dengan mengetengahkan gaya tersendiri menerusi falsafah yang kuat. Selepas membawakan gaya dan falsafah KODO selama bertahun-tahun, apa seterusnya untuk Mazda?

Setia dengan KODO dan melalui evolusi terbaharu, Mazda memperkenalkan kenderaan utiliti sukan (SUV), CX-60 (2022) yang diposisikan atas SUV popular CX-5. Di Britain, CX-60 (2022) diperkenalkan dengan trenkuasa hibrid plug-in (PHEV), juga yang pertama untuk Mazda.

BACA >>>> Mazda CX-50 (2022) Diperkenal dengan Imej Lebih 'Rugged'!
BACA >>> Mazda Carol (2022), Kembar Suzuki Alto dengan Harga Mula RM36.3k Sahaja!

Enjin 2.5L Skyactiv-G dipadan bersama motor elektrik 100kW dan bateri kapasiti tinggi 17.8kWh. Berikut ciri CX-60 (2022) pasaran UK:

  • Kombinasi enjin 2.5L dan motor elektrik berkuasa 325hp (327ps) dan tork 500Nm, sekali gus menjadi model jalanan Mazda paling berkuasa pernah dihasilkan.
  • Dalam sistem pacuan roda belakang (RWD).
  • Kadar penggunaan petrol 79.93km per liter mengikut standard kombinasi prosedur ujian kenderaan ringan harmoni seduania (WLTP).

  • Prestasi pecutan 0-100kmj sepantas 5.9 saat (trenkuasa gabungan).
  • Pemanduan elektrik hingga 42km untuk pemanduan bandar pada kelajuan 67.5kmj atau lebih rendah, dan 62.7km bagi pemanduan kombinasi.
  • Enjin dipadankan transmisi automatik 8-kelajuan baharu dan sistem Pacuan Semua Roda (AWD)  i-Activ.
  • Sistem pemanduan pintar Mi-Drive dengan lima mod: Normal, Sport, Off-Road, Towing dan EV.
  • Enjin petrol generasi baharu 3.0L e-Skyactiv X, dan diesel 3.3L Skyactiv-D dengan sistem hibrid sederhana M Hybrid Boost akan diperkenal kemudian.
  • Kedua-dua enjin dipadankan transmisi automatik dan AWD i-Activ.
  • Enjin e-Skyactiv D dan Skyactiv X turut dibangunkan untuk menggunakan RWD sahaja!
Pengendalian dan Pemanduan

  • Suspensi jenis double wishbone di depan dan multi-link di belakang.
  • Teknologi Kawalan Postur Kinetik (KPC) yang membantu menstabilkan postur kenderaan ketika membelok.
  • Bateri voltan tinggi ditempatkan antara gandar depan dan belakang, serta pada kedudukan serendah mungkin untuk membantu pusat graviti dan kestabilan.
Teknologi Bantuan Pemanduan dan Keselamatan

  • Dilengkapi sistem bantuan pemanduan i-ActivSense.
  • Teknologi baharu Mazda seperti Pandangan Tembus (See-Through View, STV), monitor 360º dengan pandangan lebih jauh pada halaju rendah.
  • Kawalan Jelajah Adaptif Pintar (i-ACC) yang kini boleh disesuaikan dengan had kelajuan dari sistem Pengecaman Isyarat Jalan Raya.
Varian dan Harga UK
  • CX-60 Exclusive-Line - £43,950 (RM241,680)
  • CX-60 Homura - £46,700 (RM256,800)
  • CX-60 Takumi - £48,050 (RM264,230)
  • Pakej Convenience Pack dan Driver Assistance Pack untuk semua varian, serta Comfort Pack sebagai tambahan dalam Exclusive-Line.
  • Aksesori tambahan bumbung panoramik untuk Homura dan Takumi.

CX-60 (2022) adalah satu daripada dua model baharu siri Large Product yang dirancang diperkenalkan di Eropah dalam tempoh dua tahun akan datang. Satu lagi model dimaksudkan ialah CX-80 dalam tiga baris tempat duduk.

BACA >>> Sistem KPC Buat Mazda MX-5 Miata (2022) Sedap Layan 'Corner'!
BACA >>> Mazda Carol (2022), Kembar Suzuki Alto dengan Harga Mula RM36.3k Sahaja!

Mazda CX-60 Homura
Mazda CX-60 Takumi

Related

266
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Falsafah Kodo, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), KODO, mazda, Mazda CX-60 (2022), SUV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
    Harley-Davidson Perkenal Barisan 2026, Model Generasi Baru Kini Lebih Baik
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my