• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Honda Malaysia Perkenal Pilihan Warna Lebih Segar Untuk City, Accord

Honda Malaysia Perkenal Pilihan Warna Lebih Segar Untuk City, Accord

March 9, 2022 By Shawkath Leave a Comment

158
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

HONDA Malaysia mengumumkan tawaran dua pilihan warna baharu untuk dua model jualan terbaik syarikat iaitu City dan Accord. Dua warna pilihan itu akan mengantikan warna tawaran semasa.

Pilihan warna baharu Meteoroid Gray Metallic (kelabu gelap) diperkenalkan sebagai pengganti warna sedia ada iaitu Modern Steel Metallic.

Model City kini menerima skim warna merah lebih segar iaitu Ignite Red Metallic sebagai gantian opsyen warna Passion Red Pearl.

Honda City RS Meteoroid Gray Metallic
Honda City RS Ignite Red Metallic

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo berkata:

“Warna Ignite Red Metallic dan Meteoroid Gray Metallic diperkenalkan buat kali pertama untuk model City Hatchback serba baharu. Kedua-dua pilihan warna itu diterima baik pasaran tempatan.

“Kami sudah meluaskan pilihan warna baharu untuk model Civic serba baharu. Kini, kami juga menawarkan skim warna tersebut untuk City dan Accord.”

Ada lebih 32,500 unit Honda City generasi kelima di jalan raya sejak dilancarkan dan model tersebut muncul sebagai produk jualan terbaik bulan Januari dan Februari 2022, merangkumi 38 peratus jualan daripada keseluruhan produk sepanjang tempoh tersebut.

BACA >>> Honda City RS e:HEV Serba Baharu Umum Harga, RM105k dengan Teknologi Termaju

Honda Accord generasi ke-10 diperkenalkan ke pasaran Malaysia sekitar tahun 2020. Model sedan bersaiz besar itu adalah produk pertama Jepun yang dilengkapi trenkuasa pengecas turbo untuk segmen D. Setakat ini, lebih 2,200 unit sudah dibawa pulang pelanggan.

BACA >>> Honda Accord (2020) Lancar! 10 Perkara Perlu Anda Tahu, Harga Mula RM186k
BACA >>> Honda Malaysia Buka Tempahan Odyssey (2022) Serba Baharu Versi CBU, Harga RM275k!
BACA >>> Kajian: Lampu Siang (DRL) Buat Pemandu Keliru, Tidak Pasang Lampu Belakang Ketika Gelap
BACA >>> #ApaNakBuat: Tak Puas Hati Jiran Parkir Depan Rumah? Ambil Tindakan Undang-Undang Ini!

Related

158
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Honda Accord (2022), Honda City (2022), Honda Malaysia, Roda4

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev