• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / HLYM Lancar Yamaha 135LC Fi (2022), Harga Mula RM7.7k!

HLYM Lancar Yamaha 135LC Fi (2022), Harga Mula RM7.7k!

March 8, 2022 By Shawkath Leave a Comment

4.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

HONG Leong Yamaha Motor (HLYM) sebentar tadi melancarkan model kapcai 135LC generasi baharu yang hadir dengan pelbagai ciri moden, harga asas bermula serendah RM7,798.

Motosikal yang pernah bergelar Raja Kapcai itu ditawarkan dengan dua varian iaitu standard dan edisi spesial. Berikut ialah perinciannya:

Yamaha 135LC Fi 2022 - 14
Yamaha 135LC Fi 2022 - 15

WARNA

Yamaha 135LC Fi 2022 - 5
Yamaha 135LC Fi 2022 - 6
Yamaha 135LC Fi 2022 - 12
Yamaha 135LC Fi 2022 - 2
  • Standard: Ruby Red (merah), Midnight Star (kelabu gelap) dan Crystal Cyan (biru). Semua varian standard menggunakan rim hitam.
  • Spesial: Desert Storm (kelabu koko) dengan rim tona tembaga.

HARGA

  • Standard: RM7,798
  • Spesial: RM8,198

*Harga di atas tidak termasuk insurans, pendaftaran, nombor plat dan caj berkaitan.

TRENKUASA

  • Enjin 4-lejang silinder tunggal 135cc SOHC dengan sistem sejukan cecair dan teknologi suntikan bahan api patuh piawaian Euro 4, menghasilkan kuasa 12.3hp pada 8,000 rpm dan tork 12.2Nm pada 6,000 rpm.
  • Motosikal seberat 109kg dan dilengkapi tangki minyak seluas 4.6 liter.
  • Frem underbone baharu jenis lebih ringan berbanding varian sebelum ini.
  • Instrumen meter digital LCD penuh untuk paparan semua maklumat penting tunggangan.

BACA >>> Yamaha 135LC Paling Banyak Dicuri Sepanjang 2018

Yamaha 135LC Fi 2022 - 9
Yamaha 135LC Fi 2022 - 10
  • Fairing baharu dengan sistem kemasukan anak kunci lebih moden.
  • Sistem pencahayaan LED untuk lampu depan dan belakang. Ada tambahan lampu siang (DRL) pada panel depan. Gugusan lampu amaran diposisikan pada bahagian atas meter.
Yamaha 135LC Fi 2022 - 17
Yamaha 135LC Fi 2022 - 18
  • Sistem fork teleskopik dengan penyerap hentak tunggal.
  • Sistem henti merangkumi brek cakera tunggal pada kedua-dua roda.
  • Rim 17 inci dengan profil tayar 70/90 (depan) dan 80/90 (belakang). Ketinggian pelana ialah 775mm.
  • Tiada penendang kaki dan menggunakan butang pemula untuk menghidupkan trenkuasa.
  • Jualan bermula 14 Mac 2022 menerusi pengedar rasmi di seluruh negara.

BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Maksud Sebalik Huruf dan Angka Nama Model Motosikal?

  • Varian Spesial menerima aksesori tambahan bakul Yamaha Premium Basket jenis tertutup dan soket pengecas USB. HLYM belum ada rancangan untuk menawarkan bakul sama untuk varian standard.

Related

4.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Hong Leong Yamaha Motor (HLYM), Kapcai 135cc, roda2, Yamaha 135LC, Yamaha 135LC Fi 2022

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev