• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Halusinasi Punca Lelaki Ini Main Lastik Kenderaan Lain Di Lampu Isyarat

Halusinasi Punca Lelaki Ini Main Lastik Kenderaan Lain Di Lampu Isyarat

March 8, 2022 By Farah Leave a Comment

158
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

TULAR sebuah rakaman video memaparkan aksi seorang penunggang motosikal melastik kenderaan lain ketika sedang menunggu lampu isyarat di persimpangan jalan Amanjaya arah Sungai Lalang, Sungai Petani, semalam.

Dalam kejadian 6.20 petang itu, penunggang tersebut dilihat mengeluarkan alat lastik dan melastik kenderaan lain dari arah bertentangan menggunakan tangan kirinya.

Aksi itu sempat dirakam oleh seorang pemandu yang berada di belakang penunggang tersebut sebelum dikongsi ke laman Facebook meminta orang ramai di kawasan sekitar berhati-hati.

Bimbang situasi menjadi lebih buruk, pemandu kereta itu kemudian membuat laporan polis.

Susulan itu, polis berjaya mengesan dan menahan suspek berusia 46 tahun di sebuah rumah di Sungai Lalang, Bedong, 11 malam tadi.

Hasil siasatan awal polis mendapati, suspek mengaku berbuat sedemikian kerana mengalami halusinasi hingga mendorongnya melakukan perbuatan itu.

Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah dan mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan dadah. Suspek ditahan dan disiasat siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

BACA>>> Polis Tahan Mat Motor Baling Sepana Sampai Cermin Belakang Vellfire Pecah
BACA>>> Baling Batu Sebab Geram Kena Himpit Lori

Related

158
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: main lastik kenderaan lain, Penunggang Motosikal, Rider, rider buat hal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my