• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Flux Tambah Pilihan Model Kenderaan Elektrik untuk Pelanggan, Pandu Tanpa Komitmen!

Flux Tambah Pilihan Model Kenderaan Elektrik untuk Pelanggan, Pandu Tanpa Komitmen!

March 7, 2022 By Shawkath Leave a Comment

172
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PERKHIDMATAN langganan kereta atas talian, Flux menambah beberapa model kenderaan elektik (EV) sebagai pilihan kepada  pelanggan, terutama pengguna yang peka dan mahu membantu mengurangkan kesan pencemaran emisi karbon.

Antara model ditawarkan ialah: BMW iX, BMW iX3, BMW i4, Hyundai Kona Electric e-Max, Mini Cooper SE dan Nissan Leaf.

BACA >>> Proton X70 Kini di Platform Flux dengan Langganan Serendah RM1,975 Sebulan Sahaja

EV FLUX - 0
EV FLUX - 1
EV FLUX - 2
EV FLUX - 3

Sejak 2019, langganan pakej menyeluruh Flux memberikan semua manfaat pemilikan sebuah kereta tanpa beban, sama seperti memiliki model yang sama menerusi pembiayaan pembelian.

Pelanggan tidak perlu membuat bayaran muka, juga tiada pinjaman pembiayaan, termasuk tiada caj kadar faedah.
Menerusi Flux, pelanggan boleh melanggan dan mencuba pemilikan EV dalam jangka masa panjang tanpa perlu terikat dengan komitmen seperti pinjaman bank.

Antara penghalang terbesar memiliki EV di Malaysia ialah harga jualan yang mana harga model EV paling mampu milik seperti Nissan Leaf adalah bermula serendah RM145,000, dianggap jauh lebih mahal daripada kereta petrol atau diesel biasa.

Berikut contoh skim Flux dan kos pemilikan EV BMW iX:

*1 Pembiayaan pinjaman 5 tahun, 10 peratus bayaran muka, kadar faedah 2.5 peratus untuk Bayaran Bulan Pinjaman.
*2 Sumber: CarBase.my, Polisi Insurans Komprehensif untuk Insurans.
*3 Yuran bulanan dan jumlah perbelanjaan tahun pertama selepas cukai perkhidmatan 6% ialah RM8,616 dan RM17,492. 

MANFAAT LAIN LANGGANAN EV FLUX

Manfaat lain diperoleh:

  • Pengguna tidak perlu menanggung susut nilai kenderaan EV selepas 5 tahun pemilikan. Pelanggan juga boleh memilih tempoh langganan, sama ada jangka masa lama atau singkat.
  • Pelanggan boleh menukar EV dilanggan dengan model EV lain, atau beralih kepada kenderaan petrol atau diesel, khas untuk pelanggan Flux.
  • Tidak perlu buat bayaran insurans, cukai jalan, penyenggaraan atau baik pulih komponen mudah rosak kerana sudah dikira dalam pakej langgangan bulanan.
  • Flux turut menyediakan alat pengecas EV di kediaman pelanggan secara percuma untuk pakej langganan tertentu.
  • Proses pemasangan dibantu rakan bisnes Flux, Kuro EV. Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman Flux.

BACA >>> Flux: Miliki Kereta Idaman Anda Tanpa Perlu Ada Komitmen
BACA >>> #TahukahAnda: Apakah Kelebihan dan Kekurangan Motosikal Elektrik?
BACA >>> Semua Orang Sudah Boleh Pandu Kereta Elektrik dengan GoEV Serendah RM24.90 Sejam
BACA >>> Harga Kereta Elektrik Turun Hampir 50 Peratus di China, Dapat Beli Semurah RM8.3k

Related

172
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, EV, Flux, Kenderaan Elektrik (EV), Langgan Kenderaan Elektrik (EV) Flux, Program Langganan Kereta, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev