• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Canggih, Volvo Cars Uji Stesen Cas Kereta Elektrik Wayarles!

Canggih, Volvo Cars Uji Stesen Cas Kereta Elektrik Wayarles!

March 22, 2022 By Abang Hirata Leave a Comment

121
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MENGECAS telefon tanpa wayar atau wayarles sudah jadi teknologi biasa untuk telefon pintar hari ini. Malah fungsi tersebut turut ditawarkan pengeluar automotif  pada produk automobil sebagai ciri eksklusif.

Caranya, letak saja telefon pintar anda atas pad disediakan dan pengecasan akan dibuat automatik tanpa memerlukan kabel yang panjang berjela dan berjuntai untuk disambungkan pada port USB.

BACA >>> Volvo XC40 Recharge Pure Electric, Model EV Penuh CKD Pertama Malaysia
BACA >>> Hanya VW, Volvo Bersedia Pasarkan Kereta Elektrik Sepenuhnya di Eropah

Tetapi, ada lagi lebih canggih, cas kereta wayarles!

Inilah dilakukan Volvo Cars yang kini sedang menyepadukan dan menguji teknologi pengecasan wayarles baharu di kawasan bandar bersama beberapa rakan kongsi terpilih. Tujuannya, menilai potensi kereta elektrik masa depan.

Bagi tempoh lebih tiga tahun, beberapa model elektrik Volvo XC40 Recharge akan digunakan sebagai teksi di bawah seliaan syarikat pengendali teksi terbesar di wilayah Nordic, Cabonline.

Apa perlu anda tahu mengenai ciri pengecasan wayarles ini?

  • Proses mengecas dibuat di stesen di Gothenburg, Sweden.
  • Program ujian wayarles itu adalah antara beberapa projek  dalam inisiatif strategik Zon Bandar Hijau Gothenburg.
  • Kawasan dikhaskan dalam bandar itu akan digunakan sebagai lokasi ujian bagi pembangunan teknologi mapan.
  • Stesen cas disiapkan syarikat peneraju dalam sistem pengecasan wayarles, Momentum Dynamics.
Berikut proses pengecasan wayarles dilakukan:
  • Pengecasan bermula automatik apabila kenderaan yang sepadan berada atas pad pengecas dan pemandu tidak perlu keluar dari kereta.
  • Tenaga dihantar melalui pad pengecas dan diterima unit penerima dalam kereta.
  • Volvo menggunakan sistem kamera 360º bagi memudahkan kereta diselarikan dengan pad pengecas.
  • Bagi model elektrik XC40 Recharge, kuasa pengecasan wayarles adalah lebih daripada 40kW.
  • Kelajuan pengecasan itu adalah kira-kira empat kali ganda lebih pantas berbanding pengecas berwayar arus ulang-alik (AC) berkuasa 11kW, dan hampir sama dengan kelajuan pengecasan pantas berwayar arus terus (DC) berkuasa 50kW.
  • Kenderaan Volvo diuji itu digunakan lebih 12 jam sehari dengan jarak pemanduan 100,000km setiap tahun, sekali gus menjadikan program tersebut sebagai ujian enduran pertama kereta elektrik Volvo bagi penggunaan komersial.

Rakan kerjasama lain yang terlibat dalam projek pengecasan wayarles itu ialah pengedar Volvo sendiri, iaitu Volvo Bil dan Volvo Car Sörred, Vattenfall (syarikat tenaga Sweden) dan rangkaian pengecasannya, InCharge.

Organisasi lain terlibat ialah syarikat tenaga bandar, Göteborg Energi dan Business Region Gothenburg, iaitu agensi pembangunan ekonomi majlis perbandaran dimiliki City of Gothenburg.

Pada 2021, Volvo Cars mengambil bahagian dalam pelancaran inisiatif Zon Bandar Hijau Gothenburg yang mensasarkan mencapai kenderaan bebas emisi menjelang 2030.

BACA >>> Mantan CEO Dyson Dilantik CEO Volvo Cars Baharu!
BACA >>> Polestar 2 Tunjuk Apa Akan Berlaku Terhadap Bateri EV Jika Kemalangan

Related

121
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, EV, Volvo, Volvo Cars, Volvo XC40 Recharge, XC40 Recharge

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my